10 Destinasi pelancongan paling berbahaya di Dunia. Destinasi No 9 Paling dekat dan mudah dikunjungi Oleh Rakyat Malaysia! Ada berani?

Loading...

Aktiviti pelancongan merupakan aktiviti paling menyeronokkan dan penuh dengan kenangan.

Walaupun mungkin akan memakan kos, tetapi pengalamananya tidak boleh dibeli.

Tidak kira sama ada melancong dalam atau luar negara, pengalaman yang akan kita dapat sememangya amat mahal.

Kita sering memilih untuk melancong di kawasan nyaman, sejuk, atau di bandar-bandar besar. Tetapi, bagaimana pula jika kita melancong di tempat-tempat bahaya?

Untuk kaki jalan dan backpackers, ayuh lihat 10 tempat pelancongan yang berbahaya di seluruh dunia.

1. Mount Washington, Amerika Syarikat

Kawasan ini memegang rekod angin paling laju iaitu hampir 327 km/j. Jika anda ingin merasai puncak gunung Everest tanpa perlu mendaki, kawasan pergunungan ini sesuai untuk anda.

2. Pulau Ular, Brazil

Bagi peminat-peminat haiwan eksotik seperti ular, kawasan ini sesuai untuk anda. Terdapat pelbagai jenis ular yang berbisa di dunia di sebalik kawasan pulau yang indah.

3. Death Valley, Amerika Syarikat

A.S terkenal dengan pelbagai pusat pelancongan seperti bandar-bandar terkenal dan pantai-pantai yang indah. Namun demikian, di sini juga terdapat sebuah kawasan padang pasir dikenali sebagai Death Valley. Suhu di kawasan ini boleh mencecah sehingga 56.7 °C.

Pastikan anda mempunyai bekalan air dan makanan yang lebih daripada cukup jika ingin merasai pengalaman di sini.

4. Padang Pasir Danakil, Eritrea

National Geographic menggelarnya sebagai tempat paling kejam dalam dunia. Ramai juga yang beranggap inilah neraka dunia. Setiap hari suhunya akan melebihi 50 °C. Jika anda ingin melawat tempat ini, anda dinasihatkan supaya tidak pergi seorang diri.

5. Gunung Berapi Sinabung, Indonesia

Gunung berapi ini merupakan antara gunung berapi yang masih aktif. Sejak tahun 1600, gunung berapi ini tidak pernah meletus sehinggalah pada tahun 2000 dan terbaru September 2013.

6. Taman Negara Madidi, Bolivia

Pokok-pokok yang menghijau menjadikan tempat ini tenang dan nyaman untuk dilawati. Tetapi, ramai tidak mengetahui di sebalik ketenangannya, banyak pokok di sini yang beracun.

Tanpa sedar, jika anda tersentuh pokok-pokok ini anda akan mengalami masalah kegatalan, cirit-birit, dan muntah.

7. Lembah Maut, Kamchatka, Rusia

Kawasan ini ditemui oleh beberapa pengkaji gunung berapi pada tahun 1975. Tiada tumbuhan dan haiwan di sini malah banyak haiwan mati akibat terhidu bau gas beracun daripada kawasan ini.

Kawasan ini mempunyai gas-gas beracun yang boleh membawa maut seperti karbon dioksida, karbon sulfur, dan hidrogen sulfida.

8. Bikini Atoll, Kepulauan Marshall

Kepulauan Marshall merupakan sebuah negara yang diliputi kawasan perairan. Pulau ini terletak antara Hawaii dengan Australia. Ibu kotanya ialah Majuro. Marshall mempunyai kerajaannya sendiri dan mempunyai hubungan yang amat rapat dengan Amerika Syarikat dalam bidang maritim dan ketenteraan.

Oleh itu, A.S menjadikan Bikini Atoll sebagai tapak menguji kaji senjata nuklear dan kimia.

Daripada tahun 1952 sehingga kini, sebanyak 67 senjata kimia pernah diuji kaji hingga memberi kesan negatif kepada penduduk setempat.

9. Elephant Kingdom, Chonburi, Thailand

Walaupun namanya ialah Elephant Kingdom, tetapi tempat konservasi ini menempatkan pelbagai jenis buaya. Sekiranya ada ingin pengalaman dikelilingi buaya, tempat ini sesuai untuk anda.

10. Tasik Natron, Tanzania

Mempunyai air yang jernih kemerah-merahan, para pengunjung pasti terkesima dengan keajaiban dunia ini. Namun demikian, para pengunjung tidak dibenarkan mandi atau melakukan sebarang aktiviti di sini kerana kerak garamnya boleh membawa maut.

Haiwan yang datang ke sini juga bertukar menjadi batu akibat kandungan alkali yang mencecah 10.5 pH.

Burung menjadi mangsa kandungan alkali daripada Tasik Natron.

Era Baru

Loading...