Anak gadis menemui satu batu yang pelik di tepi pantai dan membawanya pulang.Selepas bapa membersihkannya, ia mengandungi sesuatu yang berharga

Loading...

Seorang anak gadis sedang bermain di tepi pantai apabila dia menyedari terdapat satu batu berupa pelik yang timbul dengan separuh daripadanya tertanam di dalam pasir.

Anak gadis ini telah menggali batu ini dan membawanya pulang ke rumah. Pada mulanya, perbuatan anak gadis ini telah dimarahi oleh ibunya tetapi kemudian bapanya melihat yang batu ini bukan batu yang biasa.

Mereka membuat keputusan untuk membukanya dan semua berasa terkejut apabila melihat isi di dalamnya.

Batu dengan rupa yang pelik ini dipenuhi dengan rumpai laut. Bapa ini yang merupakan seorang nelayan dan penyelam berpengalaman dengan segera berkata ini bukan satu batu yang biasa.

Ibu anak gadis ini telah membasuh batu ini dengan membuang segala pasir dan rumpai laut.

Apabila bapa ini meneliti dan menyelidik batu ini, dia mendapati ini bukan sejenis batu tetapi ia adalah spesies abalone merah yang jarang didapati!

Spesies abalone merah adalah spesies abalone yang terbesar dengan mempunyai tekstur yang amat istimewa. Biasanya spesies ini amat sukar ditemui walaupun para nelayan menangkap abalone pada musimnya. Rupanya yang unik seperti batu sememangnya tidak dapat dibezakan dengan batu biasa.

Dengan panduan dan tunjuk ajar bapanya, anak gadis ini membuka abalone merah ini dan seluruh ahli keluarga dapat menikmati abalone merah yang sangat berkhasiat ini.

Rasa daging abalone merah sangat lembut dan lazat. Oleh kerana  spesies abalone merah amat jarang ditemui, maka ia telah menyebabkan harganya amat mahal di pasaran.

Keluarga ini sememangnya amat bertuah dapat menikmati hidangan abalone merah. Dan ada lagi kejutan yang didapati dari isi abalone merah yang ditemui mereka ini.

Keluarga ini tidak menjangka akan menemui mutiara hitam yang jarang ditemui di dalamnya.

Mutiara hitam melambangkan kekuatan dan amat sukar untuk menemui mutiara hitam yang dihasilkan oleh abalone mahupun tiram.

Mutiara hitam juga dikenali sebagai air mata paling sukar yang dikeluarkan oleh abalone dan kilauan mutiara ini sangat unik dan hanya golongan mewah sahaja yang mampu memiliki mutiara hitam.

Keluarga ini menemui empat butir mutiara hitam dan tidak syak lagi mereka menemui rezeki mewah yang datang dengan cara yang tidak disangka.

Bayangkan satu butir mutiara putih asli biasa dianggarkan berharga RM26,000 dan satu butir mutiara hitam berharga berlipat ganda daripada harga itu.

Nampaknya tuah keluarga ini tiba-tiba datang bergolek tanpa dijangka. Mereka menemui abalone merah ini secara tidak sengaja bagai menemui harta karun.

Para pakar mutiara bersusah payah mencari mutiara hitam dan keluarga ini menemuinya dengan begitu sahaja. Anak gadis keluarga ini benar-benar telah mengubah nasib kehidupan keluarga nelayan ini.

Sumber: bldaily.com

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Loading...