Anak saya suruh buat,saya buat lah…

Loading...

Anak saya suruh buat,saya buat lah…|Wanita yang dikuatiri lemas selepas terjatuh ketika memancing di sungai FELDA Jengka 15, Maran, pada 4.15 petang semalam rupanya hanyalah panggilan palsu.

Menurut pengadu yang membuat panggilan pada ahad semalam kira-kira jam 13:00 dia telah memanggil teksi kerumahnya di felda jengka 15 bandar jengka,kemudian dia bersama anaknya Siti rukiah binti hassan menaiki teksi itu dan pergi ke jengka 18 untuk berjumpa kawan,akan tetapi kawannya tiada dirumah.

Selepas itu mereka pergi kekampung awah tanjung perang kerumah kawannya juga,kemudian dia meninggalkan Rukiah di situ.

Saya telah meninggalkan anak saya Rukiah disitu, selepas itu saya telah balik ke bawah jembatan jengka 15 bandar jengka pahang, sepertimana yang rukiah rencanakan iaitu dia” telah terjatuh kedalam sungai dan lemas”

Saya kemudian telepon cucu tiri saya bernama Ain,Ain pun sampai kebawah jembatan jengka 15 dan terus menghubungi 999 katanya.

Bagaimanapun kes di tutup selepas ibu mangsa pagi ini telah menyerahkan diri kebalai polis dan mengaku panggilan yang menyatakan anaknya rukiah jatuh ketika memancing hanyalah panggilan palsu.

Sumber : eberita

Loading...