Baru² Ini VIRAL Kembali ‘Nurul Hasanah’ Dilahirkan Sebagai Buaya. Inilah Penjelasan Seorang Lelaki Tentang Wanita Lahirkan Anak Buaya Mengikut Logik Dan Fakta!

Loading...

Dilahirkan Sebagai Buaya. Inilah Penjelasan Seorang Lelaki Tentang Wanita Lahirkan Anak Buaya Mengikut Logik Dan Fakta. | – Kisah seorang wanita dari negara seberang yang mengakui melahirkan anak buaya menjadi viral di laman sosial dan mendapat perhatian ramai netizen.

Rata-ratanya meluahkan perasaan teruja dan terkejut mereka kerana seakan tidak terjangkal oleh akal kejadian itu.

Tidak dapat dirungkai apa sebenarnya yang berlaku, namun lelaki ini tampil menjelaskan situasi sebenar mengikut logik dan fakta.

Mengikut penjelasan Razif Fuad melalui laman blognya razif-fuad.blogspot.my, wanita yang mengakui melahirkan kembar buaya itu sebenarnya dari sudut sains  mengalami Vanishing Twin Syndrome, iaitu satu keadaan yang jarang-jarang berlaku.

Jom kita baca penjelasan beliau seperti di bawah, lengkap dengan huraian yang jelas dan terperinci. Terpulang pada anda untuk nilaikan sendiri.

Ustaz Sebarkan Kisah Wanita Lahirkan Buaya

Kisah manusia melahirkan haiwan ini masyhur serata dunia. Cuma, kesahihannya masih tidak diketahui. Jika dalam perbahasan kalām, hal ini termasuk dalam mustahil adat, walaupun harus pada akal.

 

Hukum adat boleh berubah dengan sebab, sebagaimana contoh yang berlegar di sekitar perbahasan wahyu seperti kisah Nabi Ibrāhīm dibakar api, Nabi ‘Īsā lahir tanpa ayah dan selainnya. Keduanya-duanya “melanggar” hukum adat dengan sebab mukjizat. Tapi dalam isu wanita lahir anak buaya ni…hm.

Kajian-kajian empirikal dalam sains adalah bersifat hukum adat. Sebagaimana definisi hukum adat: ithbāt al-rabṭ bayna amr wa amr wujūdan aw ʿadaman bi wāsiṭat al-takarrur maʿa ṣiḥḥat al-takhalluf wa ʿadam ta’thīr aḥadihimā fī al-ākhar al-battah (Penetapan terhadap kaitan dalam bentuk wujud atau tidak wujud antara satu perkara dengan perkara yang lain secara berulang-ulang yang memungkinkan untuk berbeza dengannya tanpa saling memberikan kesan antara satu sama lain secara langsung).

Dalam isu wanita melahirkan “anak manusia”, itu sudah termasuk dalam al-hukm al-ʿādī al-ḍarūrī (hukum adat yang bersifat mudah diterima, tidak perlu kajian lagi). Maka, wanita melahirkan anak haiwan adalah mustahil adat.

Saya tertarik untuk memberi ulasan terhadap hantaran (posting) seorang Ustaz di Facebooknya. Katanya, beliau bertemu dengan seorang wanita yang mempunyai anak yang merupakan seekor buaya.

Khabarnya, anak ini hilang dalam kandungan dan dia bermimpi diminta supaya anaknya itu dipelihara di alam ghaib dalam bentuk buaya.

Pada saya, si ibu ini mengalami Vanishing Twin Syndrome, satu hal yang jarang berlaku tetapi tidak pelik dari sudut perubatan.

Sebabnya, the fetal tissue is absorbed by the other twin, multiple, placenta or the mother. Tentang mimpi pula, Ibn Ḥajar al-ʿAsqalānī membahagikan mimpi kepada dua bentuk:

1. Mimpi yang benar (al-ṣādiqah). Ini adalah mimpi para Nabi dan orang-orang soleh. Jarang-jarang berlaku kepada selain daripada mereka. Ia boleh berlaku secara sedar (yaqazah) bertepatan apa yang berlaku dalam mimpi.

2. Dikenali dengan istilah al-adghāth. Ia berlaku tiba-tiba tanpa sebarang perlakuan yang membawa kepada datangnya mimpi tersebut. Ia boleh datang dalam beberapa bentuk:

i) Mainan syaitan untuk menyebabkan orang yang bermimpi menjadi sedih atau risau.

ii) Melihat malaikat yang mengarahkannya melakukan perkara yang diharamkan atau mustahil dilakukan

iii) Sesuatu yang difikir-fikirkan oleh orang yang bermimpi semasa sedar dan ia terbawa-bawa sehingga ke dalam mimpi. Ini adalah kebiasaannya. [Rujuk Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari, 12/354]

Di sini, saya amat berkeyakinan yang mimpi si ibu tersebut masuk di bawah kategori adghāth. Mungkin dia biasa terdengar kisah-kisah sebegitu di sekelilingnya.

Apatah lagi dunia Melayu sangat banyak kisah-kisah pelik sebegitu seperti yang terangkum dalam Variasari (yang lahir 80-90an pasti ingat majalah ini!). Maka, itulah yang muncul dalam mimpinya.

Mungkin ada orang tanya, “Kalau benar tu memang buaya betul (bukan jelmaan asal manusia), kenapa buaya tu tak makan orang?” Jawapan saya adalah, “Nurul Hasanah” itu spesies buaya jejulong (False/Malayan gharial) yang diancam kepupusan.

Sebab itulah ibunya kata jumpa di tepi sungai. Dietnya adalah ikan, burung dan lain-lain haiwan vertebrata. Sebab tu dia tak makan orang. Mungkin ada juga 1-2 kes buaya jejulong makan daging lembu misalnya. Tapi itu mungkin kerana tidak ada makanan lain. Boleh rujuk pakarnya, saya bukan Steve Irwin.

Buaya Jejulong atau nama Inggerisnya Malayan Gharial adalah reptilia air tawar

Peringatan untuk diri kita semua oleh Nabi SAW:

كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ

“Cukuplah seseorang itu dikira penipu sekiranya dia menyampaikan apa sahaja yang didengari.” (Riwayat Muslim)

Kata Mullā ʿAlī al-Qāri: “Seseorang itu tidak dikira menipu melainkan jika dia menyampaikan apa sahaja yang dia dengar tanpa rasa yakin samada ianya benar atau dusta. Seseorang itu dikira sebagai penipu jika dia tidak berlepas tangan darinya (menyampaikan apa sahaja yang didengari). Ini adalah larangan menyampaikan sesuatu yang dia tidak mengetahui kebenarannya.” [Rujuk Mirqāt al-Mafātīh Sharḥ Mishkāt al-Maṣābīḥ, 1/240].

Kredit : MyIslam Info. Via – Siakapkeli & razif-fuad.blogspot.my

Loading...