Berkat ketabahan seorang isteri, suami kini kian pulih

Loading...

BESUT – Mungkin ramai netizen pernah sebak mengikuti kisah menyayat hati pasangan suami isteri ini yang sanggup hidup bersama walau dalam keadaan susah sehingga terpaksa menjual kereta sendiri untuk meneruskan hidup.

Kita hanya merancang namun sebaik perancangan adalah dari Allah swt. Walaupun diduga dengan pelbagai ujian, seseorang haruslah tabah dan redha dengan takdir.

Imbas kembali pada hari kejadian. Pada petang itu yang bertarikh 03 Mei 2017, Muhamad Ridzwan Zaki yang berusia 27 tahun, sedang menunggang motosikal miliknya dalam perjalanan pulang dari bekerja. Tiba-tiba, motosikal yang ditunggang olehnya telah bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda iaitu kereta Toyota Hilux.

Motosikal yang ditunggang oleh Muhamad Ridzwan telah hilang pertimbangan. Kejadian tersebut telah menyebabkan Muhamad Ridzwan, cedera parah dan terlantar tidak sedarkan diri.

Muhamad Ridzwan telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan lanjut. Muhamad Ridzwan sempat mendapatkan rawatan perubatan selama satu bulan. Doktor yang merawat suami Siti Rohayu memberitahu bahawa harapan Muhamad Ridzwan untuk kembali sedar amatlah tipis.

Setelah sebulan menerima rawatan daripada pihak hospital, suaminya telah dibawa pulang ke rumah dalam keadaan koma. Hal ini demikian kerana Muhamad Ridzwan masih tidak sedarkan diri.

Keadaannya masih sama. Jika nanti suaminya sembuh, kemungkinan tidak akan sama seperti sedia kala ketika dia sedang sihat dahulu.

Doktor menyuruh Siti Rohayu agar berdoa dan redha dengan takdir yang telah ditentukan oleh Allah . Siti Rohayu sentiasa berdoa agar dirinya diberi kekuatan untuk menghadapi ujian ini. Harapannya hanya satu, dia mahu Muhamad Ridzwan kembali sihat seperti dahulu.

Siti Rohayu sangat rindukan telatah suaminya. Apabila di rumah, dia akan menjaga suaminya dengan penuh keikhlasan. Bagi Siti Rohayu, kasih sayang buat suaminya iaitu Muhamad Ridzwan tidak akan pernah pudar walaupun melihat Muhamad Ridzwan hanya terlantar di atas katil.

Semasa Muhamad Ridzwan koma, pelbagai cara telah dilakukan untuk menyembuhkan suaminya. Namun, keadaan suaminya masih sama.

Siti Rohayu telah membeli katil khas untuk suami iaitu katil caragem. Pelbagai ikhtiar telah dilakukan untuk menyembuhkan suaminya, namun kini hanya kepada Allah dia bermohon agar suaminya akan kembali pulih seperti sedia kala pada suatu hari nanti.

Diari Pemberi Semangat

Hampir setiap hari akan ada catatan dari Siti Rohaya tentang perkembangan suaminya walau pun tidak banyak berubah. Catatannya bersahaja tapi meruntun kalbu kerana si isteri selalu memuat naik foto-foto lama ketika suami masih sihat dan ceria.

Dari foto-foto dikongsi memang jelas kelihatan keduanya pasangan romantis, bapa yang penyayang yang suka merakamkan gambar bersama pasangan dan anak-anak.

Menjadi Inspirasi Hingga Diangkat Untuk Disiarkan Di KacaTV Dalam Rancangan Nona

“Saya memang TAK JANGKA semua ni akan berlaku”

“Saya terpaksa jual 2 buah kereta milik kami utk topup2 mana yg tak cukup”

“Saya terpaksa galas tanggungjawab suami”

“Saya mula belajar mcm mana nak buat bisnes online”

“Doktor ckp kalau slps 6 bulan suami tak mampu bangun, maka sah suami akan cacat kekal”

“Kehidupan bertukar 360 darjah”

Perkembangan Terkini

Terbaharu menurut sumber, difahamkan suami kepada wanita yang dikenali sebagai Siti Rohayu itu dikatakan semakin beransur pulih daripada koma akibat kemalangan jalan raya sekitar tahun lepas.

Menerusi sebuah video yang sedang tular di media sosial itu, jelas menyaksikan suami wanita tersebut sudah mula menunjukkan perkembangan positif apabila mampu memberi reaksi kepada isterinya.

Selain itu, lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Ridhwan tersebut juga jelas menunjukkan kemajuan apabila sudah mula mampu memberi respons ketika disapa oleh isterinya.

Setiap hari, Siti Rohayu akan menghabiskan masa bersama-sama suaminya. Dia akan bercakap dengan suaminya memandangkan suami sudah boleh melihat. Setiap kali Siti Rohayu mencium suaminya, suaminya akan membalas ciuman itu. Sebelum ini, suaminya tidak menunjukkan sebarang perubahan.

Perkara itu sedikit sebanyak telah menggembirakan hati sang isteri. Kini, Muhamad Ridzwan semakin pulih. Dia sudah pun boleh duduk di atas kerusi roda. Hal ini berlaku disebabkan dorongan dan sokongan daripada sang isteri.

Sang isteri telah memainkan peranan yang sangat penting dalam menyembuhkan sang suami. Muhamad Ridzwan semakin pulih disebabkan oleh, semangat juang yang tinggi dan seorang insan yang tidak pernah meninggalkan dirinya di saat duka dan suka iaitu seorang wanita yang bergelar isteri.

Rakaman video itu telah mendapat perhatian netizen yang mana rata-rata memuji ketabahan wanita itu, bahkan ada juga yang mendoakan agar lelaki itu diberi kesembuhan dengan segera.

Menerusi perkongsian Siti Rohayu sebelum ini, suaminya sudah sekian lama koma akibat terlibat dalam kemalangan. Selama itulah Siti Rohayu tidak putus-putus berdoa dan menjaga suami dengan penuh kasih sayang. Malah dia tidak pernah berniat untuk meninggalkan suami meskipun apa yang terjadi. Dan syukur akhirnya suami sedar daripada koma.

Perkongsian Siti Rohayu yang terakhir sempat kami rakamkan memang membuat netizen sebak, meskipun belum pulih sepenuhnya kelihatan si suami memangku anak kecil mereka. Ketabahan dan kesabaran wanita ini menjaga suami dan anak memang kami salute!

“Allah maha besar, kita merancang tapi perancangan Allah lebih hebat, doktor hanya meramal tapi tidak boleh nak tandingi Yang Maha Esa, ape yang doktor jelaskan dulu masih syg ingat tapi syg sikit tak percaya sebab syg lebih yakin kuasa Allah.

doktor dah sedaya upaya merawat aby tapi setakat itu aje yang dia mampu, syg sambut aby dengan penuh kasih syg, syg cipta kehidupan kita sendri, tanpa melibatkan sesiapa, hanya kita dan anak-anak yang berada dekat rumah, dengan setiap kesusahan syg keperitan syg.

Allah meringankan satu2 persatu, tak pernah merasa penat menjaga aby, walaupun dengan anak masih kecik, dengan tak cukup rehatnya..

Masa yang tak pernah cukup tapi syg redha..sbb syg yakin aby akan sembuh, kehidupan kita akan kembali normal, Allahuakbar..syg tak mampu nak berkata2.. bila makin hari makin jelas prubahan aby,syg tak pernah jemu utk melayan aby, tak pernah jemu menjaga aby..

kesakitan yg aby rasa syg pun turut merasa,sabar aby..ingat hembusan nafas kita akan terhenti bila2, ingat Allah” -MRMZ

Sebak tengok pengorbanan isteri

Untuk menampung kehidupannya, Siti Rohayu telah membuat produk nya sendiri iaitu membuat Jus Wanayu. Untuk menghasilkan sesuatu produk, ianya memakan masa yang lama. Pada awalnya, Jus itu dinamakan sebagai Jus Ayu sahaja namun tidak mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kemudian, Siti Rohayu menukar jus itu dengan nama Jus Wanayu.

Selain itu, dia juga mula berkecimpung dalam bidang perniagaan secara kecil-kecilan. Siti Rohayu juga telah menjadi stokis dan ejen bagi produk yang lain seperti menjual tudung secara online. Siti Rohayu bertekad untuk mengubah hidup mereka sekeluarga demi memastikan keselesaan sang suami. Memandangkan suaminya tidak pulih sepenuhnya lagi, dialah yang perlu memikul tugas untuk mencari rezeki.

Semoga pasangan ini sentiasa berada di lindungan Allah swt. Dan semoga suami cepat sembuh dan hidup bahagia bersama keluarga tersayang. Kepada isteri, jangan pernah berputus asa dan semoga sentiasa kuat.

Sungguh tabah hatimu wahai insan yang bernama Siti Rohayu ini. Terlalu besar pengorbanan yang diberikan kepada suamimu. Benarlah kata orang, kesetiaan itu penting. Dalam keadaan yang sebegini, Siti Rohayu masih berada di sisi suaminya dengan setia tanpa berpaling arah. Semoga suamimu kembali sihat seperti sedia kala.

Ketabahan dan kesabaran yang ditunjukkan oleh wanita ini menguruskan suaminya membuatkan kita pilu. Jika kita berada ditempatnya, mampukah kita setabah dan sesabar wanita hebat ini? Dari manakah kekuatan itu datang? Tepuk dada, tanyalah iman.

Kisah keutuhan cinta antara suami dan isteri ini ternyata membuka banyak mata masyarakat. Kami doakan semoga suami wanita ini cepat sembuh dan dapat pulih sepenuhnya. Insya-Allah.

Sumber : Terengganutimes

Loading...