Dari luar memang kelihatan seperti rumah terbiar, tetapi jika dilihat apa yang ada di dalamnya siapa pun pasti tidak akan percaya, begitu mengagumkan!

Loading...

Di Ontario, Kanada, satu siri gambar sebuah rumah terbiar telah tersebar luas dalam kalangan masyarakat peneroka bandar.

Foto-foto itu menjadi popular kerana tidak seperti tempat-tempat terbengkalai yang lain di mana benda-benda yang ada di dalamnya dalam keadaan tidak baik tetapi berbeza pula dengan yang ini.

Walaupun terbengkalai keadaan di rumah ini masih nampak tersusun dan banyak pekakas dan barangan masih dalam keadaan baik seolah-olah ada orang yang menjaganya.

Keadaan aneh ini telah mencetuskan minat dan rasa ingin tahu masyarakat tetapi lokasi tempat itu masih dirahsiakan. Perkara ini telah membawa sekumpulan jurugambar peneroka bandar, Freaktografi untuk menyiasat tentang lokasi tersebut.

Berikut adalah gambar-gambar yang berjaya dirakam di sekitar rumah tersebut. Anda pasti tidak akan percaya dengan apa yang ditemukan mereka!

Dari luar, rumah ini nampak seperti rumah-rumah terbengkalai yang lain…

© Flickr | Nathan

Keadaan rumah ini  jelas seperti rumah yang telah ditinggalkan beberapa ketika

Apa yang menakjubkan tentang rumah ini ialah masih ada barang-barang yang bernilai. Perhatikan gambar ini, masih ada gitar dan sistem stereo di situ

Di dalam bilik yang sama, terdapat piano besar berdebu yang masih elok

Nampaknya ada seseorang yang baru menikmati makanannya di ruangan makan itu

Di dapur, peti sejuk lama dan sinki masih dalam keadaan bersih

Jam di dapur terhenti pada jam 2:15. Adakah anda rasa ada maksud lain di sebalik itu?

Kabinet dalam keadaan kemas dengan pinggan mangkuk yang tersusun

Meja juga masih dalam keadaan yang rapi dan barangan di dinding kekal teratur

Bilik mandi pula kelihatan seperti telah diubah menjadi almari 

Ia kelihatan seperti seseorang atau sesuatu yang menggunakan barang-barang yang ada di sini

Jika dilihat pada produk-produk di dalam laci mungkin dapat memberitahu kita mengenai jangka masa sejak rumah ini ditinggalkan

Kabinet ubat yang masih dalam keadaan baik

Ada juga foto lama yang terdapat di dalam rumah tersebut

Apa yang menarik cermin dalam bilik ini masih lagi bersih, tidak berdebu seperti cermin lain yang berada di rumah-rumah terbengkalai yang lain

Mungkin ada rakun yang tinggal di bilik ini?

Ratusan hasil kajian dan koleksi buku serta bahan bacaan lain jelas menunjukkan pemilik rumah ini sangat suka membaca

Mesin taip lama juga ada di situ

Antara koleksi buku yang masih dalam keadaan baik

Sudut lain menunjukkan terdapat lebih banyak buku

Daripada gitar ke piano, kini sebuah gramophone. Sepertinya penghuni rumah ini sangat meminati muzik 

Siapa sahaja pasti akan kagum dengan koleksi alatan muzik lama yang ada di situ

Terdapat satu sudut di ruang tamu yang menunjukkan beberapa perabot yang masih kukuh dan vintaj

Sebuah lagi jam lama yang ada di situ

Dua tahun selepas menyiarkan foto-foto tersebut di atas talian, seorang pengguna Facebook bertanya Frealatografi: “Menarik! Adakah anda mengetahui mengapa rumah itu telah ditinggalkan seperti ini? Ia seolah-olah kelihatan seperti keluarga tersebut terlupa untuk kembali … “

Freaktografi kemudian menjawab: “Wanita yang tinggal di sini telah berpindah untuk menjaga rakannya yang sakit. Sebaik sahaja kawannya meninggal dunia wanita itu kembali semula ke rumah itu dan terkejut kerana ada sekumpulan penjelajah yang datang ke sana pada satu hari untuk memotret keadaan di rumah itu. “

Kredit gambar:  Freaktography | Instagram | Facebook

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Loading...