Dato Farid Kamil mungkin dikhianati. Tampar pelakon Redzuan Hasyim sehari sebelum Ditahan? Spekulasi menjadi tanda tanya.

Loading...

Semalam telah menjadi viral dimedia sosial apabila seorang seorang lelaki yang dikatakan adalah pelakon iaitu Dato Farid Kamil telah menampar seorang anggota polis dan menendang 2 orang awam . Setelah disiasat Dato Farid Kamil dikatakan positive dadah jenis ganja yang membuat perangai Dato Farid Kamil menjadi pelik dan berhalusinasi sehingga bertindak ganas kepada orang awam yang ingin membantunya.

Setelah kes ini viral di media sosial pelbagai spekulasi disebarkan di media sosial berkenaan dengan tindakan Dato Farid Kamil itu . Ada spekulasi yang menyatakan Dato Farid Kamil mungkin telah dikhianati berikutan dengan penglibatan beliau dengan beberapa ahli politik baru baru ini .

Sebuah halaman komunity media sosial popular yang hanya dikenali sebagai Amran Fans telah memberikan spekulasi mengatakan bahawa Farid Kamil mungkin dikhianati orang sekelilingnya. Berikut adalah posting daripada Admin Instagram Amran fans yang memberi komen akan isu ini.

Walaubagaimanapun seorang netizen yang mungkin mengenali atau mengetahui keadaan Farid Kamil mempertikaikan Posting Amran Fans yang mengatakan Farid Kamil sebelumnya sudah mengamuk tak tentu hala dan menampar seorang pelakon iaitu Redzuan Hasyim.

Walaubagaimanapun kejadian itu dikatakan berlaku sehari sebelum Farid Kamil ditangkap kerana menampar dan menendang orang awam dan anggota polis.

 

Loading...