“Dirogol Tanpa Rela” – Farid Kamil Buat Laporan Polis

Loading...

BERANG filem lakonannya iaitu Pinjamkan Hatiku disebarkan secara haram menerusi Facebook baru-baru ini, pelakonnya Farid Kamil membuat laporan di Balai Polis Puchong Jaya, Selangor kira-kira 2.30 petang Isnin.

Farid, 36, ketika ditemui berkata, tindakan itu diambil kerana ingin memastikan jenayah cetak rompak digital dapat dibendung selain mengheret pihak tidak bertanggungjawab ke muka pengadilan.

“Sebagai pelakon siapa yang tak marah apabila hasil kerja yang dilakukan dengan penuh rasa tanggungjawab disalah gunakan seperti itu.

“Saya ibaratkan perbuatan cetak rompak digital ini seperti saya dirogol tanpa kerelaan.

“Tindakan harus diambil bagi memastikan masalah ini tidak bertambah parah dan jangan sewenang-wenangnya menyebarkan hak kerja orang lain kepada awam secara percuma,” katanya.

Farid ditemui pada majlis pelancaran Dewan Perniagaan Artis, di Hotel Royale Chulan, Damansara Petaling Jaya pada Isnin.

Selain Farid, turut bersama-samanya membuat laporan polis itu adalah pengarahnya, Osman Ali.

Barisan pelakon filem Pinjamkan Hatiku termasuk Ayda Jebat dan Shaheizy Sam.

Dalam pada itu, Farid berkata, tindakan agresif perlu diambil bagi membanteras aktiviti yang mampu merosakkan industri perfileman dalam jangka masa panjang.

Kata Farid, walaupun filem itu bukan terbitannya namun sebagai pelakon dia terpanggil untuk sama-sama tampil bagi memastikan isu cetak rompak digital ini kerana ia juga melibatkan kredibiliti mereka sebagai pemain industri.

“Bagi saya pelakon turut memainkan peranan sebab ia melibatkan penjenamaan seorang artis.

“Cetak rompak versi baru ini adalah virus yang mampu tersebar dengan cepat sekiranya ia tidak dibendung.

“Ini juga soal hak dan setakat ini masih belum ada pelaksanaan menyeluruh bagi membanteras jenayah ini,” katanya.

Farid juga memberitahu laporan polis itu dibuat bagi membuka mata masyarakat tentang kepentingan menghormati hak cipta sesebuah karya.

Pinjamkan Hatiku turut membariskan pelakon seperti Shaheizy Sam dan Ayda dan ia sedang ditayangkan di pawagam sejak 30 November lalu.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : mStar

.

Selepas Popular Buntat Dedah Rahsia… Anda Pasti Terkejut!

TAWAR puluhan babak tapi mahu bayar dengan harga kurang RM3,000, itu antara pengalaman pahit yang dilalui oleh Ariff Abdullah atau popular dengan nama Buntat. Dia pernah mencetuskan fenomena melalui drama 7 Hari Mencintaimu satu ketika dahulu.

Memikirkan jarak yang terlalu jauh di samping beberapa kos lain, dia dan ibunya sepakat untuk tidak menerima tawaran tersebut.

“DIA MASIH BAHARU DALAM BIDANG INI, SOAL BAYARAN MEMANG MENJADI HAL TERBESAR UNTUK MENGURUSKAN KERJAYA SENI ARIFF. WAKTU TU SAYA SENDIRI TAK PANDAI NAK LETAK HARGA TAPI KALAU TAWARAN YANG TERLALU MURAH, MEMANG SAYA TOLAK TERUS.

“KAMI DUDUK DI JITRA (KEDAH) DAN PERLU KE KUALA LUMPUR KALAU NAK BERLAKON, TENTU JUMLAH BAYARAN YANG DITERIMA PERLU DIAMBIL KIRA. KALAU BERBALOI MESTI KAMI TERIMA, KALAU DICONGAK PUN TAK LEPAS, SAYA RELA TOLAK SAHAJA TAWARAN UNTUK ARIFF,” KATA ROSDIANA MASTURA YANG JUGA MERUPAKAN IBU KEPADA PELAKON INI.

Jika ada yang beranggapan segelintir pihak produksi mengambil kesempatan terhadap anaknya, Rosdiana pula tidak berani untuk menjatuhkan hukum. Memahami, mungkin juga pihak produksi mempunyai sejumlah bajet yang kecil, perkara tersebut perlu dibincangkan secara terperinci pada peringkat awal.

Tambahnya, jika mereka menetap di Kuala Lumpur mungkin perkara berkenaan tidak menjadi masalah yang besar memandangkan kebanyakan produksi drama berada di sini. Hanya soal jarak membuatkan dia perlu memikirkan berkali-kali sebelum menerima apa sahaja tawaran.

“BUKAN SEMUA PRODUKSI BEGITU DAN MASIH ADA YANG MEMAHAMI KEADAAN ARIFF. SAYA ANGGAP SEMUA YANG BERLAKU SEBAGAI PENGALAMAN BAHARU BUAT SAYA MENGURUSKAN KERJAYA SENINYA. KALAU TAK MELALUI PERKARA BEGITU, KITA PUN TAK TAHU APA YANG SEBENARNYA PERLU DILAKUKAN,” TAMBAHNYA YANG HADIR MENEMANI ARIFF MEMPROMOSIKAN FILEM JIBAM YANG AKAN DITAYANGKAN 7 DISEMBER HADAPAN.

Bagi Ariff pula, pastinya dia cukup merindui saat-saat manis saat berada di set penggambaran. Apa sahaja pengalaman yang ditimba membuatkan dia bersemangat untuk terus memberikan yang terbaik kepada produksi yang sertainya.

Jika dihitung sudah lima bulan juga Ariff menyepikan diri daripada dunia lakonan. Dia terpaksa memberikan ‘laluan’ kepada ibunya yang melahirkan adik baharu yang baru berusia tujuh bulan.

“MEMANG RINDU NAK BERLAKON SEMULA, TAPI SEMUA KERJAYA SAYA DIURUSKAN OLEH IBU. BILA IBU BERPANTANG, SAYA TAK BOLEH BERLAKON. SIAPA YANG MENGURUSKAN KERJAYA HAL BERKAITAN DENGAN LAKONAN. KALAU TAK ADA PENGGAMBARAN, SAYA BERI TUMPUAN KEPADA PERSEKOLAHAN. MACAM ITU SAHAJALAH KEHIDUPAN SAYA,” KATA PELAJAR TINGKATAN SATU, SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI MAHAWANGSA, JITRA, KEDAH INI LAGI.

POPULAR dengan drama 7 Hari Mencintaimu, Ariff sebenarnya terlebih awal memulakan lakonan menerusi filem Jibam. Diadaptasi daripada novel Jibam hasil tulisan kartunis Ujang yang popular sekitar tahun 1990-an, Ariff gembira kerana ada pihak yang percaya kepada bakat yang ada dalam dirinya.

“MINAT TU MEMANG SUDAH ADA LAMA DAN TAK SANGKA PULA ADA RAKAN AYAH YANG MAHU MENCARI WATAK JIBAM KETIKA ITU. BILA SUDAH DITERIMA SAYA TAHU PELUANG INI TAK BOLEH DIPERSIAKAN. KENA BUAT BETUL-BETUL WALAUPUN MASIH BELUM TAHU BAGAIMANA CARA UNTUK BERLAKON. TAK SANGKA PULA ALLAH KABULKAN DOA SAYA UNTUK JADI PELAKON.

“MENARIKNYA MEREKA BERI SAYA NOVEL TERLEBIH DAHULU. SAYA KENA BACA DAN FAHAMKAN DAHULU JALAN CERITA JIBAM. KEMUDIAN BARU MEREKA BERI SKRIP UNTUK DIHAFAL DAN SEDIAKAN KELAS LAKONAN. SEBAB ITU TAK BANYAK MASALAH TIMBUL DI SET. KALAU SALAH BOLEH ULANG SEMULA, TAK SUSAH SANGAT PUN BERLAKON WALAU ADA KETIKA SAMPAI KE SUBUH,” KATANYA DALAM KETAWA.

Anak sulung daripada empat adik-beradik ini berasa dia beruntung kerana kebanyakan pelakon filem Jibam banyak membantu dirinya ketika berada di set. Mia Ahmad, Fadlan Hazim, Syafie Naswip, Isma Daniel dan kru misalnya, sering memberikan garis panduan kepadanya yang langsung tidak berpengalaman ketika itu.

Menjalani penggambaran di Sungai Lembing, Pahang ketika itu, Ariff beruntung kerana dia dapat belajar banyak teknik baharu daripada pelakon-pelakon hebat yang lain. Mereka bukan sahaja memberikan kerjasama baik kepadanya tetapi dalam masa yang sama melayan baik dirinya.

“MEREKA SUDAH BERPENGALAMAN DAN BAIK HATI. WALAUPUN BANYAK KALI KENA ULANG BABAK ATAS KESILAPAN SAYA, SEMUANYA MASIH OKEY. ITU YANG MEMBUATKAN SAYA SERONOK UNTUK BERLAKON LAGI,” KATANYA MENJADI BINTANG UNDANGAN TELEFILEM PAPA NAK MENANTU YANG AKAN DISIARKAN TIDAK LAMA LAGI.

.

BERANG FILEM LAKONANNYA IAITU PINJAMKAN HATIKU DISEBARKAN SECARA HARAM MENERUSI FACEBOOK BARU-BARU INI, PELAKONNYA FARID KAMIL MEMBUAT LAPORAN DI BALAI POLIS PUCHONG JAYA, SELANGOR KIRA-KIRA 2.30 PETANG ISNIN.

FARID, 36, KETIKA DITEMUI BERKATA, TINDAKAN ITU DIAMBIL KERANA INGIN MEMASTIKAN JENAYAH CETAK ROMPAK DIGITAL DAPAT DIBENDUNG SELAIN MENGHERET PIHAK TIDAK BERTANGGUNGJAWAB KE MUKA PENGADILAN.

“SEBAGAI PELAKON SIAPA YANG TAK MARAH APABILA HASIL KERJA YANG DILAKUKAN DENGAN PENUH RASA TANGGUNGJAWAB DISALAH GUNAKAN SEPERTI ITU.

“SAYA IBARATKAN PERBUATAN CETAK ROMPAK DIGITAL INI SEPERTI SAYA DIROGOL TANPA KERELAAN.

“TINDAKAN HARUS DIAMBIL BAGI MEMASTIKAN MASALAH INI TIDAK BERTAMBAH PARAH DAN JANGAN SEWENANG-WENANGNYA MENYEBARKAN HAK KERJA ORANG LAIN KEPADA AWAM SECARA PERCUMA,” KATANYA.

FARID DITEMUI PADA MAJLIS PELANCARAN DEWAN PERNIAGAAN ARTIS, DI HOTEL ROYALE CHULAN, DAMANSARA PETALING JAYA PADA ISNIN.

SELAIN FARID, TURUT BERSAMA-SAMANYA MEMBUAT LAPORAN POLIS ITU ADALAH PENGARAHNYA, OSMAN ALI.

BARISAN PELAKON FILEM PINJAMKAN HATIKU TERMASUK AYDA JEBAT DAN SHAHEIZY SAM.

DALAM PADA ITU, FARID BERKATA, TINDAKAN AGRESIF PERLU DIAMBIL BAGI MEMBANTERAS AKTIVITI YANG MAMPU MEROSAKKAN INDUSTRI PERFILEMAN DALAM JANGKA MASA PANJANG.

KATA FARID, WALAUPUN FILEM ITU BUKAN TERBITANNYA NAMUN SEBAGAI PELAKON DIA TERPANGGIL UNTUK SAMA-SAMA TAMPIL BAGI MEMASTIKAN ISU CETAK ROMPAK DIGITAL INI KERANA IA JUGA MELIBATKAN KREDIBILITI MEREKA SEBAGAI PEMAIN INDUSTRI.

“BAGI SAYA PELAKON TURUT MEMAINKAN PERANAN SEBAB IA MELIBATKAN PENJENAMAAN SEORANG ARTIS.

“CETAK ROMPAK VERSI BARU INI ADALAH VIRUS YANG MAMPU TERSEBAR DENGAN CEPAT SEKIRANYA IA TIDAK DIBENDUNG.

“INI JUGA SOAL HAK DAN SETAKAT INI MASIH BELUM ADA PELAKSANAAN MENYELURUH BAGI MEMBANTERAS JENAYAH INI,” KATANYA.

FARID JUGA MEMBERITAHU LAPORAN POLIS ITU DIBUAT BAGI MEMBUKA MATA MASYARAKAT TENTANG KEPENTINGAN MENGHORMATI HAK CIPTA SESEBUAH KARYA.

PINJAMKAN HATIKU TURUT MEMBARISKAN PELAKON SEPERTI SHAHEIZY SAM DAN AYDA DAN IA SEDANG DITAYANGKAN DI PAWAGAM SEJAK 30 NOVEMBER LALU.

DAH BACA, JANGAN LUPA KOMEN DAN SHARE YA. TERIMA KASIH!

SUMBER : MSTAR

Loading...