[EXCLUSIVE]Perbezaan Umur 17 Tahun, Netizen Tuduh Pelakon Ahya Rosli Hanya Nak Duit Datuk A. Aida?

Loading...

Terkejut MH bila melihat laporan sebuah portal hiburan baru-baru ini yang mengupas kisah cinta berputik Ahya Rosli, seorang pelakon, model dan anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri ketika berada di Makkah.

Jika sebelum ini semua sedia maklum tentang hubungan Ahya yang sering dikaitkan dengan pelakon dan penyampai radio, Zulin Azin tiba-tiba selepas pulang menunaikan Umrah, Ahya dikatakan semakin rapat dengan penerbit Datuk A.Aida.

Melalui satu temu bual bersama mStar, Ahya memberitahu dirinya dia langsung tidak mempunyai masalah tentang jarak umur kira-kira 17 tahun.

“Perbezaan umur bukan masalah, ia hanya perbezaan pengalaman sahaja. Cuma tentang anak itu perlu juga difikirkan,” katanya.

Malah, Ahya akui dirinya kini sedang berkawan rapat dan mengenali hati budi A. Aida sejak mengerjakan ibadah umrah baru-baru ini.

Apabila ditanya apakah yang membuatkan dirinya tertarik dengan A. Aida, dia menjawab wanita itu punyai sifat positif, penyayang dan baik dengan keluarganya.

“Dia seorang yang positif, kuat bekerja dan penyayang. Dia juga baik dengan keluarga saya.

“Kami sudah kenal lama tapi sejak pergi umrah bersama-sama baru betul-betul rapat. Boleh dikatakan kami masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing,” jelasnya lagi.

Apapun jika benar apa yang dimaksudkan kami doakan yang terbaik buat mereka berdua dan berkekalan jodoh.

Hubungan akrab anak pelakon veteran Normah Damanhuri, Ahya Rosli dengan penyampai radio, Zulin Aziz sememangnya diketahui ramai.

Namun kecoh apabila Zulin dalam kenyataannya bersama Harian Metro menegaskan bahawa dia tidak pernah membuat apa-apa kenyataan bahawa dia dan Ahya bercinta.

Tambah mengejutkan apabila Ahya dilaporkan rapat dengan penerbit drama sensasi Datuk A Aida.

Menurut pelakon berusia 30 tahun itu, hubungan dia dan penerbit berkenaan rapat sejak mengerjakan umrah bersama baru-baru ini.

“Dia seorang yang positif, kuat bekerja dan penyayang. Dia juga baik dengan keluarga saya.

Kami sudah kenal lama tapi sejak pergi umrah bersama-sama baru betul-betul rapat. Boleh dikatakan kami masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing,” ujarnya.

Bahkan dia turut tidak menolak andai jodohnya dengan wanita berusia 47 tahun itu walaupun perbezaan umur sebanyak 17 tahun.

“Kalau sudah jodoh saya terima sahaja, Allah itu maha mengetahui. Apa salahnya, keluarga saya juga sukakan dia.

Perbezaan umur bukan masalah, ia hanya perbezaan pengalaman sahaja. Cuma tentang anak itu perlu juga difikirkan,” tambahnya lagi.

Namun perkenalan itu dipandang serong apabila rata-rata netizen mendakwa Ahya hanya mahukan wang daripada penerbit berkenaan.

Apa-apa pun jika jodoh, usia bukanlah penghalang bukan?

Sumber : mediahiburan.my & kisahdunia.com

via bukubiru

Loading...