Kecoh Satu Flat Bila Ibu Muda Tiba-tiba “Menjerit Minta Tolong” Sampai Jiran Tetangga Jadi Panik

Loading...

Pengalaman dapat anak pertama memang satu pengalaman yang indah. Bak kata para isteri, hilang semua sakit lelah mengandung dan bersalin bila dapat pegang baby. Teruja, happy, syukur. Macam-macam rasa ada. Macam tu jugak aku. Bila nurse letak baby atas badan aku, meleleh air mata penuh syukur.

Sedar tak sedar anak aku dah masuk 5 bulan. Dah pandai meniarap. Tapi yang kelakarnya, anak aku pandai meniarap jer. Tak pandai terlentang semula. Bila dah penat meniarap dia nanges jer lagi. Umur dia 6 bulan baru dia pandai terlentang. Lagi parah sebab dia dah pandai berguling.

Nasib baik aku memang tidur tak guna katil. Memang letak tilam atas lantai jer. Tu pun ada lah dalam lime ke enam kali dia tergolek jatuh tilam masa aku tidur. Pernah gak masa aku mandi. Bahaya betul lah anak aku ni.

Bila umur dia masuk 7 bulan, laki aku belikan walker. Badan dia pun dah keras masa tu. Letak kat walker, sendal bantal kat belah depan dengan belakang dia. Bukak tv. Setel. Dia suka tengok kartun. Kat astro kan ada kartun 24 jam. Jadi aku boleh la sambil buat kejer.

Nak masak.Nak makan. Nak membasuh. Nak jemur baju. Mandi dengan solat jer aku tunggu dia tidur. Yang lain tu boleh sambil-sambil masa letak dia dalam walker. Memang senang sangat lah nak jaga.

Kata orang, malang tak berbau. Bila anak aku masuk 9 bulan, dia makin melasak dalam walker. Aku baru lepas masak sup ayam. Banyak. Mak bapak mertua dengan adik ipar aku nak datang. Adik ipar aku konvo esoknya kat UM. Jadi tumpang tidur rumah aku. Masa aku tengah goreng ikan, anak aku tarik alas meja. Habis satu periuk sup baru lepas masak kena badan dia.

Habis barang-barang lain atas meja jatuh. Pasu bunga tembikar aku pecah. Memang kuat betul kudrat dia. Aku nak angkat periuk tu pun rasa berat. Dia boleh pulak tarik.

Masa tu anak aku nanges tak ingat dunia. Aku jadi panik. Aku jerit kuat-kuat mintak tolong. Jiran sebelah rumah aku Kak Siti datang. Dia pun panik. Dia pun join sekaki dengan aku jerit jugak. Riuh satu flat. Jiran tetangga kerumun kat rumah aku.

Kak Wan selang tiga pintu dari rumah aku dukung anak aku bawak ke bilik air. Bukak baju dia. Siram dia lama-lama. Aku blur. Tak tahu nak buat apa. Aku tengok je apa Kak Wan buat.

Abang Amir, laki Kak Wan suruh aku siap nak bawak pergi klinik. Sampai klinik aku memang tak berenti menangis. Sama naik dengan anak aku. Terus bawa masuk bilik doktor. Abang Amir siap minta maaf kat pesakit lain sebab kitorang dah potong giliran.

Anak aku kena second degree burn kata doktor. Masya Allah, kulit badan dia memang melepuh. Doktor klinik buat rawatan awal. Dia bagi surat suruh bawak ke hospital. Anak aku mesti dapat rawatan lebih rapi. Sedih sangat masa tu.

Kat hospital, nurse terus masuk kan aku dalam wad lepas baca surat rujukan dan tanya doktor. Masa kat hospital tu baru aku teringat nak bagi tahu kat laki aku tapi dia dah tahu. Abang Amir call dia. Dia dah on the way ke hospital. Seminggu jugak anak aku kat hospital. Aku memang tak balik rumah. Laki aku yang berulang bawak kain baju. Bawak makanan.

So guys, tolong sangat-sangat. Jaga anak korang baik-baik. Memang walker ni memudahkan kita. Tapi kalau kita leka, walker boleh jadi pembunuh.

Start kejadian tu aku memang dah tak guna walker. Meja makan aku dah tak letak alas. Tak letak pasu bunga cantik. Laki aku letak pagar depan pintu bilik dengan ruang nak ke dapur. Tv dah tak letak atas kabinet. Lekat kat dinding jer. Kabinet tv memang kosong. Satu hiasan pun takder. Laci kabinet aku lock.

Aku memang sangat berhati-hati lepas tu. Tak nak pisang berbuah dua tiga kali. Lagi pun sejak pandai jalan ni anak aku makin lasak.

Masa aku buat kejer rumah, aku letak dia dalam kolam renang angin saiz empat segi tu. Betul-betul kat tengah rumah. Bagi dia main soft toy. Aku masak ke, membasuh ke, jemur baju ke, aku selalu jeling-jeling dia.

Anak aku ada parut sikit kesan kena sup panas tu. Takper lah. Anak lelaki. Baru nampak jantan. Kalau anak perempuan, jatuh pulak harga hantaran nanti.

Doktor Kongsi Info Bahaya Menggunakan Baby Walker

Baby Walker adalah peralatan untuk para ibubapa meletakkan anak mereka di dalamnya untuk tujuan ini. Untuk jangka masa yang pendek tidak mengapa, namun jika Baby Walkermenjadi gantian untuk ibubapa memberikan kasih sayang dan tunjuk ajar untuk kanak-kanak itu mula belajar berjalan, ianya menjadi isu yang besar.

Ramai juga yang berpendapat bahawa Baby Walker membantu anak mereka belajar berjalan. Ini adalah satu tanggapan yang salah.

Lebih14,000 orang kanak-kanak cedera kerana menggunakan Baby Walkersetiap tahun di USA dan ada yang meninggal dunia  disebabkan kecederaan kepala akibat jatuh dari tangga di dalam rumah.

Ianya telah diharamkan di Kanada. Kerajaan Kanada mengenakan denda sebanyak $100 000 atau enam bulan penjara jika rakyatnya didapati menyimpan alat itu.

American Academy of Paediatrician(AAP) tidak menggalakkan penggunaannya kerana ia boleh menyebabkan kecederaan. Antara kecederaan yang disenaraikan oleh AAP ialah jatuh dari tangga, terkehel pada jari tangan dan kaki, keracunan dan lemas.

Kecederaan yang disebabkan oleh Baby Walker bukan disebabkan oleh alat itu sendiri. Biasanya ia terjadi apabila kanak-kanak yang menggunakannya terlanggar kaki meja yang terhidang air panas, atau kanak-kanak itu dengan mudah mendekati soket elektik atau mencapai bahan yang beracun dan memasukkannya ke mulut.

Oleh itu pada tahun 1997, kerajaan di US telah menetapkan satu garis panduan di mana Baby Walkersmestilah mempunyai rekabentuk di mana ianya besar dan tidak boleh melepasi pintu atau mempunyai sistembrake.

Dr Brenda J. Shields dan Dr Gary A. Smith, dari Children’s Hospital diColumbus, Ohio, USA memberitahu selepas garis panduan ini dikuatkuasakan, terdapat penurunan kes kecederaan berkaitan Baby Walkersebanyak 75% . Ianya adalah penurunan yang significant.

Mengapa Baby Walker tidak perlu?
Menurut Dr Brenda J Shield lagi, Baby Walker sebenarnya tidak membantu kanak-kanak untuk berjalan, malah melambatkan kanak-kanak itu belajar berjalan akibat perkembangan otot dan mental yang tidak dirangsang.

Berguling, duduk, merangkak dan bermain di lantai sebenarnya mengajar kanak-kanak asas untuk berjalan. (Kajian :   Petridou, E. et al (1996)Hazards of baby walkers in a European context. Injury Prevention, 2(2), 118-120)

Kanak-kanak berkembang mengikut jangkamasa tertentu. Biasanya ia mula bertatih pada usia 8-12 bulan dan berjalan dari usia 10-15 bulan. Jika kanak-kanak itu masih tidak boleh berdiri di usia setahun, haruslah membawa berjumpa dengan pakar  paediatrician untuk mendapat nasihat.

Untuk berjalan, kanak-kanak dikawal oleh dua sistem di dalam otaknya yang dikenali sebagai sistem perasa (sensory) dan sistem motor (otot pergerakan). Penglihatan dan perimbangan kanak-kanak ini akan mengawal pergerakan kaki dan cuba mengekalkan kedudukan dan imbangan bila berjalan.

Apabila kanak-kanak itu semakin membesar, perubahan fizikal amat ketara – kaki bertambah panjang, bahu semakin melebar dan kepala semakin mengecil secara nisbah berbanding dengan badan- menyebabkan kanak-kanak itu mudah mengimbangi badan ketika berdiri dan berjalan.

Untuk berjalan, kanak-kanak itu perlu berlatih, iaitu berdiri dan dan melangkah perlahan-lahan. Dengan itu  ia merangsangkan secara tidak langsung  perkembangan otot (motor) dan perasa (sensori).

Bagaimana Baby Walker tidak membantu kanak-kanak berjalan awal?

Kebanyakan rekabentuk Baby Walker menghalang penglihatan kanak-kanak itu melihat kaki mereka ketika menggunakannnya. Ia akan memperlahankan pertumbuhan pergerakannya kerana penglihatan tidak dapat menghubungkan rangsangan ke otak dan kaki mereka. Oleh itu mereka tidak dapat mempelajari imbangan badan dan kemahiran berjalan.

Satu kajian menunjukkkan kanak-kanak yang menghabiskan masa selama 2 jam setiap hari menggunakan Baby Walker mengalami masalah perkembangan yang lambat berbanding dengan kanak-kanak yang tidak menggunakan Baby Walker.

Baby Walker menyebabkan gaya jalan yang cacat ?

Kaki kanak-kanak menjadi tidak lurus ketika berjalan di dalam Baby Walker. Punggung dan lututnya membengkok dan kanak-kanak itu mungkin berjalan menggunakan jari kakinya (tiptoe). Akibatnya otot kaki yang salah digunakan untuk berjalan. Gaya jalan yang sebegini amat sukar untuk ditukarkan apabila ianya tidak lagi memakai Baby Walker dan meneruskan gaya berjalan sebegini.

Gunakannya dengan cara yang selamat

Untuk mengharamkannya di Malaysia adalah menjadi suatu mustahil. Tiada kajian atau rekod yang dicatatkan tentang jumlah kecederaan yang diakibatkan oleh penggunaan Baby Walker.

Apa yang penting sekarang ialah memastikan penggunaannya selamat. Harus diketahui pergerakan Baby Walker amat laju, dianggarkan sejauh satu meter dalam sesaat.

Maka ibubapa harus memastikan supaya peralatan dan perkakas dalam rumah selamat dan jauh dari kanak-kanak untuk mencapainya.

Antaranya ialah pastikan soket eletrik dan perabot yang mempunyai bucu tajam, semua bahan-bahan kimia dan racun seperti pencuci lantai dan sabun basuh serta  hiasan yang berat dan mudah pecah.

Jangan membawa air atau makanan panas dekat dengan kanak-kanak dan jauhkan mereka dari dapur, pemanas atau barang-barang elektrik.

Kunci bilik yang tidak digunakan supaya kanak-kanak tidak masuk ke dalam garaj, bilik kosong atau stor.

Pastikan anda membeli Baby Walkeryang mempunyai reka bantuk yang baru di mana ianya lebih besar dan tidak boleh melepasi pintu dan mempunyai sistem brek yang boleh dikunci agar kanak-kanak itu tidak bergerak tanpa pemerhatian kita.

Walaubagaimanapun saya secara peribadi tidak mengesyorkan ibubapa membuang Baby Walker itu, cuma  menasihatkan agar para ibubapa berhati-hati apabila meletakkan anak mereka dalam alat itu.

Namun sekali lagi  AAP selalu memberitahu bahawa “Baby Walkeradalah tidak selamat digunakan, walaupun di bawah pemerhatian orang dewasa”

Susunan : Dr Zubaidi Hj Ahmad (280810)

Loading...