Kucing peliharaan merenung tuan kecil yang sedang tidur dengan penuh minat. Apabila bayi ini dialihkan, baru ‘niat sebenar’ si comel terbongkar

Loading...

Apabila ahli keluarga baru bertambah dalam keluarga, orang dewasa akan mendapati interaksi di antara haiwan peliharaan mereka dengan bayi yang baru lahir akan menjadi lebih menarik apabila haiwan ini pasti akan berasa kehairanan dengan kelakuannya yang bersifat ingin tahu.

Haiwan peliharaan kucing biasanya akan bersifat lebih ingin tahu tetapi bersama sifatnya yang berwaspada dan berhati-hati, tidak seperti anjing yang akan terus meluru kepada bayi yang baru dikenalinya.

Kucing juga mahu mendekati bayi tetapi dengan bersifat berhati-hati, ia akan memerhatikan dari jauh terlebih dahulu. Apabila bayi yang sedang tidur, membuat pergerakan tangan atau kaki secara tiba-tiba atau mengeluarkan bunyi, ia akan berundur ke tempat yang lebih selamat. Tetapi kucing ini tidak akan mengalah dan akan terus memerhatikan bayi ini dari jauh.

Kucing ini memerhatikan bayi dengan pandangan penuh kasih sayang

Kucing ini memerhati bayi yang sedang tidur secara dekat. Pergerakan si kecil yang secara tiba-tiba telah membuat kucing ini terkejut dan berganjak ke jarak yang lebih selamat

Gambar-gambar menunjukkan satu persamaan di mana bayi ini  sedang tidur di dalam kerusi bayi.

Pada mulanya ramai netizen yang berfikir bahawa kucing peliharaan mereka sangat bersifat ingin tahu terhadap bayi mereka apabila ia duduk berdekatan dan terus memerhatikan bayi.

Mereka mendapati ia agak pelik apabila kucing mereka memerhatikan bayi yang sedang tidur pada masa yang agak lama.

Netizen ini mula berasa pelik dan cuba memerhatikan dengan rasa ingin tahu mengapa kucing ini terus memerhatikan bayi yang sedang tidur untuk jangka waktu yang agak lama tanpa berkelip.

Netizen ini mula merasa ragu dan mengesyaki pasti terdapat sesuatu yang tersembunyi dan menyebabkan kucing ini terus memerhatikan bayi mereka.

Jadi netizen ini telah membuat keputusan untuk mengangkat bayi tersebut dari kerusi bayi dan mengalihkannya ke tempat lain. Kemudian aksi selamba ini telah membuat ibu bayi tersebut  memahami mengapa kucing peliharaannya berkelakuan pelik dan aneh.

Dalam hati kucing ini berkata, “Akhirnya masa saya tiba juga… Sekian lama saya menunggu! Kamu membuatkan saya menunggu untuk masa yang lama, masih tidak faham kehendak saya?”

“Saya bukan memerhatikan bayi, tetapi saya memerhatikan kerusi bayi itu, menunggu peluang ia dikosongkan untuk membolehkan saya dapat menyelinap masuk dan duduk di dalamnya.”

Rupa-rupanya ini adalah cara bagaimana kucing mencari jalan untuk mendapatkan barangan kegemarannya. Jika anda perhatikan, kucing akan memerhatikan barangan kegemarannya dan akan menunggu peluang yang paling sesuai untuk mendapatkannya dan dalam hal ini, kerusi bayi sebagai tempatnya untuk duduk melepak.

Kelakuan kucing ini telah menyebabkan pemiliknya tergelak besar apabila melihat bagaimana seekor kucing boleh mempunyai reaksi seperti itu.

Dua ekor kucing ini dilihat seperti mahu mengepung bayi ini

Manusia sering menyalah anggap tabiat kucing. Kadangkala kelakuan mereka amat sukar difahami. Pemilik sentiasa mahukan kasih sayang kucing tetapi tidak memberi balasan kasih sayang dengan sewajarnya.

Bagaimana kita boleh mengetahui kucing itu menyukai kita atau tidak? Di bawah adalah 4 langkah yang boleh menentukan samada kita telah memahami seekor kucing.

1. Lihat bagaimana kucing ini melihat kepada anda

Kucing dilahirkan sebagai pemburu. Sekiranya kucing merenung anda tanpa berkelip, itu menandakan ia tidak selesa dan takut. Kucing ini masih belum membuka hatinya kepada anda dan masih bersikap berwaspada. Sebaliknya, apabila kucing berkedip dengan perlahan semasa ia merenung anda, itu menandakan ia menyukai anda.

Ini juga bermakna kucing ini dapat merasakan yang anda adalah seorang yang boleh dipercayai dan ia menyukai anda. Jika anda mendapati kucing berkomunikasi dengan anda melalui cara ini, anda boleh mengedip mata kembali, tanda kasih sayang anda kepadanya.

2. Bergerak dengan perlahan.

Apabila anda berada di dalam satu tempat bersama seekor kucing dan ingin meninggalkan tempat itu, cuba meninggalkannya dengan cara yang perlahan dan senyap.

Sekiranya kucing ini mengikuti anda, ini bermakna kucing ini menyukai anda. Ini juga bermakna kucing berasa selamat berada di sisi anda dan ke mana sahaja anda ingin pergi, ia akan mengekori anda.

3. Apabila anda sampai ke rumah, adakah ia menyambut kepulangan anda?

Perhatikan kelakuan kucing apabila anda telah pulang ke rumah kerana kucing amat peka dengan bunyi dan ia boleh mengesan dari jauh apabila mendengar tuannya telah pulang ke rumah atau tidak.

Sekiranya kucing menyukai anda, ia akan menyambut anda di hadapan pintu. Bagi seekor kucing, apabila ia menyambut tuannya, ini bermakna ia menyayangi anda. Kini anda bolehlah memberikan satu usapan lembut di bawah dagunya. Ini merupakan masa yang sangat sesuai untuk mengembangkan interaksi dan jalinan kasih sayang bersama kucing anda.

4. Perhatikan pergerakan ekornya

Memerhatikan pergerakan ekor kucing adalah salah satu langkah yang dapat memberitahu sama ada kucing ini menyukai anda atau tidak.

Jika kucing amat menyukai seseorang, ekornya akan menegak. Sekiranya, kucing masih ingin menyukai seseorang, ekornya akan sedikit menurun seperti membentuk tanda tanya. Lebih menegak ekornya berdiri, lebih dalam kasih sayang kepada tuannya.

Apabila anda dapat memerhatikan kelakuan kucing dengan 4 langkah ini, bermakna ia amat mudah untuk mengetahui emosi kucing dan kehendaknya. Cara ini akan dapat memberitahu sama ada seekor kucing itu menyayangi anda atau tidak.

Sumber: bldaily.com

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Loading...