Masih ingat Azhar Sulaiman yang pernah mengamuk kerana cikgu sekolah tampar anak lelakinya 10 kali, korang pasti terkejut beruk lihat 15 foto wajah terbaru dua anak perempuannya yang bagaikan Puteri Kayangan

Loading...

Pejam celik pejam celik rupa-rupanya pelakon kacak Azhar Sulaiman ini sudah berumur 44 tahun rupanya, apa yang buat kami terkesima lagi Azhar Sulaiman rupa-rupanya ada 2 orang anak dara yang cun melecun!

Manis-manis belaka wajah mereka, inilah yang orang selalu katakan “bapa borek anak rintik”. Kalau ada sesiapa yang ingin masuk meminang anak dara cantik ni, korang kenalah ambil hati mami dia dulu. Huhu!

Anak Gadis Azhar Sulaiman Yang Semakin Jelita

Pelakon kacak Azhar Sulaiman berumur 44 tahun sebenarnya mempunyai 2 orang anak dara yang begitu jelita. Manis-manis belaka wajah mereka, inilah yang orang selalu katakan “bapa borek anak rintik”.

Azhar Sulaiman yang juga merupakan seorang arkitek dan pasangan hidup beliau bernama Chempaka Emalin Pahamin telah dikurniakan 3 orang chayamata.

Anak-anaknya bernama Kasih Leia Ixora, Andika Rees Pahamin dan Kasih Iris Leona. Memang unik nama anak Azhar ni.

Antara yang menarik perhatian penulis adalah kejelitaan yang miliki oleh Kasih Iris Leona. Iris lebih mirip kepada wajah bapanya dan pandai bergaya. Iris merupakan kembar kepada Andika Rees Pahamin yang kini berusia 15 tahun. Jika dilihat melalui akaun Instagram milik Iris, dia gemar memuatnaik gambar aksi seperti model. Lebih mengejut gadis yang masih bersekolah ini mempunyai ribuan ‘follower’ di media sosial.

Nampaknya Iris mungkin akan mengikut jejak bapanya dalam dunia ‘glamour’ dan menempa nama bersama bintang-bintang popular tanahair.

 

Kasih Leia Ixora

Kasih Iris Leona

 

Mesti bergetar tulang rusuk abam-abam di luar sana, agak-agak kalau ada salah seorang yang berkenan di hati, korang kenalah berdepan dengan mami dia dulu. Ada berani?

Ikuti juga kisah Azhar Sulaiman yang Menggemparkan Negara tidak lama Dahulu..

ISU BENGANG ANAK DITAMPAR GURU 10 KALI, INI PENJELASAN DARI AZHAR SULAIMAN

Kecoh semalam apabila tiba-tiba pelakon Azhar Sulaiman memuat naik status ke dalam laman sosial Facebook miliknya seolah-seolah berang dengan tindakkan guru yang didakwa menampar anaknya, Andika Rees sebanyak sepuluh kali. Malah dalam status tersebut dia seolah-olah mengugut mahu berjumpa dan bersemuka guru itu.

Tindakan Azhar itu mengundang kritikan dari ramai peminat kerana dianggap terlalu menyebelahi anaknya dan bertindak tanpa usul periksa. Pada mereka, Azhar sewajarnya siasat dahulu apa yang sebenarnya berlaku dan kenapa guru berkenaan bertindak begitu.

Bagaimanapun menerusi laporan Murai hari ini, Azhar telah memberikan respon mengenai isu berkenaan. Menurutnya, dia bakal selesai cara baik dengan guru yang didakwa menampar anaknya. Menurutnya ia demi menjaga hubungan serta nama baik sekolah anaknya yang kini pelajar tahun enam di sekolah tersebut.

azhar sulaiman marah guru pukul anaknya

“Memang pada mulanya saya agak ‘panas’ dengan apa yang berlaku tetapi bila difikir balik saya tidak sepatutnya bersikap begitu, jadi kini saya sedikit tenang. Saya marah, tapi tidaklah sehingga mahu merosakan institusi sekolah itu semata-mata untuk masalah anak saya ini. Tak perlulah saya dedahkan apa yang berlaku. Lagipun anak saya berada dalam keadaan baik, cuma mungkin dia ada sebab mengadu kepada saya,” katanya.

Azhar juga akui bakal meneruskan hasratnya untuk berjumpa dengan guru tersebut tetapi hanya mahu berbincang secara aman.

“Saya ada menelefon cikgu berkenaan, itu pun tidak berniat untuk memarahi apatah lagi bersuara tinggi. Cuma saya hanya ingin tahu apa puncanya dan mengapa hukuman itu diberikan. Saya pun tak mahu panjangkan perkara ini dan akan berjumpa dengan cikgu itu dalam masa terdekat untuk bersemuka dan berbincang secara kekeluargaan untuk kebaikan anak saya. Yelah, hari ini cikgu itu salah, esok lusa mungkin saya atau anak saya yang salah. Manusia buat kesalahan. So let forgive and forget as Ramadan his coming soon,” luahnya lagi.

Loading...