Pernah Ketagihan 0nani dan Filem Lucah Yang Kritikal, Wanita Ini Kongsi Cara Beliau ‘Bertaubat’

Loading...

Ramai yang malu dan agak sensitif pasal topik ni tapi sebenarnya diam-diam cuba-cuba juga ye. Paling parah rupa, pakaian dah tersangat baik, tup tup tup terlahir insan yang tak bersalah pula.

Jadi tak perlu takut dan gusar,m mula-mula macam malu juga nak update pasal ni tapi nak buat macam mana, gejala masalah sosial semakin teruk berleluasa di zaman Pimpinan Najib. Eh tak baiklah salahkan PM kita, tak baik tau.

Daripada nak salahkan pemimpin kita, baiklah kita yang individu diberikan akal ni gunakan sebaiknya otak tu unless kita ni sendiri ada masalah mental. Hari-hari nak mengadap  benda yang ‘syok’ tu kan, ha ha ha.

Jadi berbalik pada cerita ni, ada pasangan yang tengok video lucah sebab dorang tidak tahu teknik untuk melakukan hubungan seks. Jadi mungkin kerana terpaksaan – mereka menonton lah. Hmm zaman dulu ada ke video-video lucah ni, tengok subur je orang zaman dulu sampai boleh beranak sampai 10 orang anak.

Nak tahu rahsianya juga ? Tapi tak mungkinlah dorang tengok video video aksi ni sebab zaman dulu mana ada lagi teknologi akses yang semakin mudah macam zaman sekarang ni. Oh ya, kalau tengok filem-filem lama pun perempuan zaman dulu pun seksi-seksi juga kan.

Berbalik kepada cerita asal. Jika anda mengenali Erica Garza, pasti anda tidak tahu apa yang beliau lalui. Ianya pasti sukar untuk mempercayai yang ibu berusia 35 tahun pernah mengalami ketagihan filem dewasa suatu ketika dahulu.

Di dalam buku beliau bertajuk “Getting Off”, Erica dengan berani berkongsi kepayahan beliau apabila mengalami ketagihan menonton filem dewasa. Ianya bermula seawal beliau berusia 12 tahun yang berakhir ketika beliau berumur 30 tahun. Menurut beliau, ianya berlaku ketika sedang membesar di Los Angeles dan perlu memakai pendakap belakang (back brace) disebabkan oleh penyakit scoliosis. Beliau juga sering dibuli pada ketika itu.

Ketagihan menonton filem dewasa bermula ketika beliau di usia remaja apabila sering menonton soft core ‘cinemax shows’ ketika ibu bapanya sedang tidur.

Ianya diikuti dengan percubaan untuk menonton filem yang lebih hardcore menerusi internet. Apabila beliau berumur 15 tahun, pita rakaman seks Pamela Anderson dan Tommy Lee telah keluar ke orang awam dan beliau telah menontonnya.

Apa yang saya dapat adalah gabungan di antara perasaan malu dengan diri dan juga keseronokan dari segi seksual” Beliau mengaku.

Beliau kehilangan dara pada umur 17 tahun dan mempunyai teman lelaki dan pasangan seksual yang pelbagai semenjak itu.

Beliau mengaku bahawa suka dengan idea orang menganggap beliau sebagai ‘cool’ sebab dia suka filem dewasa.

“Saya berasa lega apabila seakan-akan ada suatu dinding di antara saya dengan kekasih, dan kita tidak perlu terlalu emosional ketika melakukan hubungan seks“

Namun kekasih-kekasih lama sering meninggalkan beliau. Beliau sering berasa kecewa, tidak berguna dan dipergunakan.

Dalam suatu pengalaman lain, beliau berkongsi bagaimana beliau menonton video dewasa selepas melakukan hubungan seks dengan kekasih bernama Clay.

“Kadang-kadang menonton kip video pasukan sorak mengadakan hubungan seks dengan bapa tiri di atas meja makan sambil ibunya sedang mandi di tingkat atas. Keadaan ini membuatkan dia berasa sungguh sengsara melihat bagaimana lelaki seperti Clay ini mengunakan dirinya demi seks.”

“Ketagihan saya sangat perit dan memalukan,’ beliau tambah. “Fikiran saya sangat menakutkan dan memalukan. Saya sebenarnya sakit dan memalukan. Tetapi tiada apa yang menghentikan saya dari cuba atasi ketagihan tersebut.”

Akhirnya. beliau berjaya mengatasi ketagihan, disebabkan oleh suaminya ini.

Erica mulai sedar ketagihannya adalah bukan suatu yang boleh diambil remeh dan membuatkan beliau mengambil keputusan untuk ke Bali, Indonesia. Di sana, beliau bertemu dengan seorang pereka aplikasi, yang bernama Willow Neilson.

Neilson berbincang mengenai ketagihan Erica secara terbuka dan membantu mengenalpasti punca yang menyebabkannya.

Akhirnya, beliau mula menyertai yoga dan terapi. Kini, beliau hanya menonton sekali sekala.

Dalam kenyataannya, Erica mengatakan:

“Sebagai ibu bapa yang cuba bersusah payah untuk menjaga anak, menukar lampin, dan menyusukan anak, kami menonton filem dewasa kadang-kadang apabila waktu kami bermanja.”

“Namun demikian, saya turut berasa bersalah”

“Tapi pada masa yang sama, kami berasa gembira apabila anak kami tidur lena.”

“Dalam kesibukan menggalas tugas ibu bapa ini, saya nampak masa depan di antara saya, suami dan anak-anak.”

Buku beliau yang bertajuk “Getting Off” yang menunjukkan dengan mendalam bagaimana beliau berlawan masalah ketagihan.

Maka dengan itu, mengatasi ketagihan seks ini boleh, menurut Erica, terutama apabila kamu mendapatkan bantuan dan sokongan yang diperlukan.

Faktor penyebab utama masyarakat zaman kini ketagih menonton ‘Pornografi’

Rasanya bukan orang remaja je yang terlibat malahan orang tua juga tau, ahli politik kita juga takkan tak ingat yang video video nak aibkan ahli politik sorang ni, eh malaslah nak cerita nanti kena simen !

Senang akses dengan teknologi yang ada kini, taip je ‘ seks,porn,vagina, dan sebagainya’ confirm keluar video atau gambar. Paling sadis – korang taip NANAS kat google, apa yang keluar ? Nak cari pasal buah nanas terkeluar pelik-pelik. Jadi taiplah ‘Nenas’
Nak kahwin banyak kos, tak tahan nafsu, jadi terpaksa lepaskan nafsu dengan diri sendiri, mencari bahan perangsang ( Pornografi dan sebagainya )

Yang dah berkahwin, isteri tak puas dengan suami ataupun suami tak puas dengan suami, jadi mencari alternatif lain untuk melepaskan nafsu syahwat.

Kurang didikan agama ? Betulkah ? Rasanya yang terdidik dengan agama dari kecil pun kadang-kadang tak tahan nafsu. Susahkan jadi manusia ? Bila nafsu menguasai diri, pelindung diri pun tak dapat terkawal, yang boleh kawal memang salute.

Bila terasa sendirian dan tiada peneman juga adalah salah satu faktor mengundang manusia ni untuk melihat pornografi.

Penyanyi-penyanyi dalam TV pun menari melampau-lampau, lebih2 lagi penyanyi Barat & Korea dah mula menguasai media TV kita ni, kalau boleh bergoyang-goyang punggung dengan payudara rasa macam nak tercabut je, stress mak jemah tengok !

Kesan-kesan atau impak pada diri jika ketagih menonton video lucah

Emosi kerap berubah dan mainan mental yang sangat teruk.
Mudah jadi pelupa.
Badan menjadi lebih tidak sihat dan kurang rehat.
Mata jadi lebam kadang-kadang ketumbit tumbuh, haha padan muka.
Kalau selalu tengok cerita lucah, karakter pelakon tu berbeza-beza, impak yang sangat besar jika anda yang sudah berumah tangga, anda jadi tak keruaan melihat orang yang sama sahaja atas katil, anda mahukan wajah lain pula dan aksi lain. Kalau lelaki mulalah gunakan ayat nak kahwin baru sebab isteri pertama dah tak sedap, kalau yang isteri pulak naik muak tengok muka laki sendiri. Haha. Macam  tu lah kot kesannya.
Bila dah tengok video lucah secara automatik akan berlakulah perbuatan onani.

Banyak sangat kesan tapi tak tahu mana yang betul lah. Korang boleh google lagi pasal ni. Banyak rupanya yang update, mungkin diri sendiri pernah buat jadi sendiri nasihatkan diri sendiri.

Jadi kalau dilihat stastik dalam google, rasanya ‘PORN’ ni  pun tergolong dalam cari dalam most searched BROWSER google.

Jadi,

Bagaimana Cara Untuk Hilangkan Ketagihan Menonton Video Lucah ni ? Rasanya tak mudah.

Fokus pada aktiviti harian, bagi wanita suri rumah bolehlah cuba resepi masakan baru, bermain dengan anak-anak, kemas rumah, atau fikirkan rancangan terbaik untuk keluarga.

Lupakan terus pasal porno, kadang-kadang bila kita asyik fikir pasal nak berhenti tengok porno, kita akan rasa nak menonton lagi kemudian kata taknak tengok lagi, tapi nak tengok lagi. Macam mana tu ? Susahkan nak kawal nafsu. Seeloknya Lupakan terus je, luangkan masa dengan keluarga.

Lakukan senaman, setiap kali nak tengok porno je, angkat kaki, bangun dan lompat-lompat supaya darah lalu dengan baik, kalau tidak buat aktiviti darah akan terus berada di bahagian kemaluaan, tu sebab mudah terangsang.

Bergaul dengan rakna-rakan yang positif. Hmm. Kalau yang suri rumah tu boleh lah main chit-chat dengan kawan-kawan.
Tanamkan perasaan takut dan malu pada tuhan, sebab tuhan nampak apa kita lakukan.

Bertaubat dan usaha taknak tengok video lucah lagi, cuba dan cuba, kalau tak boleh juga, pergi rendam kepala dalam baldi. Tak tahulah, kena cuba kalau tak cuba tak tahu, kalau tak boleh juga, mohon terjun bangunan, pfft. Not so helping kan !

Jadi macam mana ? Saya pun tak pakar dalam bab mental manusia, seperti yang kata kehidupan seks adalah natural, ada sahaja cara untuk memuaskan nafsu tu, samaada diredha oleh Allah dan di benci oleh Allah.

Kalau ikut orang putih bagi diaorang normal, kalau ikutkan agama rata-rata semuanya tak bersetuju cara puaskan nafsu dengan kaedah menonton video lucah dan onani. Jadi mana silapnya ? Apa yang berlaku pada generasi kita semua ?

Kalau dah selalu tu boleh bertaubat bersungguh-sungguh dan hadam ayat ni.

“Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman. (yakni) Orang-orang yang khusyu’ dalam solatnya. Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna. Dan orang-orang yang menunaikan zakat. Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya” [TMQ al-Mukminun:1-5]

Sumber : Kisahrumahtangga.net

Loading...