Tahukah Anda Selain Datin Nina Jureen, 5 Selebriti Ini Juga Sebenarnya Kerabat Diraja

Loading...

Lazimnya kita mendengar selebriti dikaitkan dengan kerabat diraja tertentu. Tapi tahukah anda sebenarnya terdapat beberapa selebriti tanah air yang sememangnya berketurunan raja.

Siapakah selebriti tersebut? Hangat bawakan secara eksklusif 5 selebriti yang berketurunan diraja.

1. Anis Suraya dan Shawn Baharin

Pasangan adik beradik yang masing-masing terkenal dengan lagu Cinta Tersimpul rapi danMelodi hati ini sebenarnya merupakan sepupu kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan.

Kali terakhir Anis Suraya atau nama sebenarnya adalah Tengku Ani Suraya Binti Tengku Sulaiman dilihat di pentas besar adalah pada tahun lepas sewaktu dijemput sebagai penyanyi jemputan Gegar Vaganza.

Manakala bagi Tengku Tengku Shamsul Bahrin bin Tengku Sulaiman atau lebih dikenali sebagai Shawn Baharin tidak lagi menyanyi di Malaysia tetapi rezekinya telah tertulis di negara orang. Kalau pasangan adik beradik ini muncul di pentas Gegar Vaganza mesti terubat rindu kan?

2. Kuza , Kuna, Kuni

Tidak ramai yang mengetahui bahawa Tengku Sariza Tengku Muzani(Kuza)Tengku Sariwani Tengku Muzani (Kuni)Tengku Sarina Tengku Mukhzani(Kuna) sebenarnya adalah adik-beradik. Mungkin ramai yang tidak perasan kerabat diraja kelantan ini sebenarnya adik beradik kerana agak susah untuk melihat mereka ini berlakon di dalam satu drama atau filem yang sama.

3. Datuk Seri Shah Rezza

Individu ini cukup dikenali di Malaysia terutamanya dalam hiburan. Jika dahulu beliau aktif berlakon sekitar 80-an kini Datuk Seri Shah Rezza aktif sebagai pereka yang cukup dihormati. Datuk Seri Shah Rezza atau nama sebenarnya Raja Shah Zurin Raja Aman Shahmerupakan seorang kerabat diraja Kelantan disebelah bondanya manakala Perak disebelah Ayahandanya.

Bonda beliau, Tengku Salwani binti Almarhum Sultan Yahaya Petra merupakan anakanda kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong VIDatuk Seri Shah Rezza juga merupakan sepupu kepada Sultan Kelantan sekarang, KDYMM Sultan Muhammad Ke-V dan anak saudara kepada DYAM Raja Puan Muda Perak Raja Nor Mahani binti Raja Shahar Shah iaitu isteri kepada DYAM Raja Dihilir Perak.

4. Raja Azura

Siapa yang tidak kenal dengan Raja Azura atau lebih mesra dikenali sebagai Kak Engku. Kepetahan dan gelagatnya yang mencuit hati pasti akan membuatkan sesiapa sahaja terhibur. Raja Azura binti Tengku Ahmad Tajudin sebenarnya mempunyai pertalian darah dengan kerabat diraja Perak.

5. Sheera Iskandar

Tengku Shaheera Ilani binti Tengku Iskandar atau lebih dikenali sebagai Sheera Iskandar merupakan anak sulung pelakon Aznah Hamid dengan YM Tengku Iskandar Bin YM Tengku Long Ahmad (Tengku Panglima Raja) bin YAM Tengku Long Abdul Ghaffar (Tengku Temenggong) Ibni DYMM Sultan Muhammad II (Long Senik Mulut Merah), seorang kerabat diraja Kelantan.

Lakonannya menerusi drama bersiri Janji Diana cukup meninggalkan kesan dan turut menaikkan nama beliau ketika itu.

Tidak sangka bukan? Selain senarai di atas, antara selebriti lain yang berketurunan raja adalah Tiara One In A Million, Raja Teh Umi Kalsom, Que HaidarAman Graseka dan Datin Nina Jureen.

Sumber: hangat

Kongsi Tips Kecantikan, Nina Juren Akui Cuci Muka Guna Sabun Tawas

Pelakon Datin Nina Juren mendedahkan tidak pernah memiliki pencuci muka selain hanya menggunakan sabun tawas untuk membersihkan wajah.

Nina Juren, 45, yang berkongsi tips kecantikan itu memberitahu dia amat berhati-hati untuk menggunakan apa jua produk kecantikan yang mempunyai bahan kimia.

“Sebenarnya saya kira bertuah kerana tidak mempunyai banyak masalah kulit muka tetapi saya tak nafikan sewaktu muda remaja saya juga mengalami masalah jerawat dan sebagainya.

“Dari dulu saya amalkan mencuci muka dengan sabun tawas sahaja tanpa menggunakan apa-apa produk lain untuk kecantikan wajah.

“Saya tidak suka menggunakan produk kecantikan yang mempunyai bahan kimia kerana bimbang kulit akan cepat rosak.

“Kini bila usia sudah meningkat saya akui saya perlu penjagaan lebih untuk wajah saya, justeru saya hanya berjumpa dengan doktor pakar kulit untuk mendapatkan pencuci muka dari klinik yang benar-benar sesuai,” katanya kepada Astro Gempak.

Nina juga mendedahkan meskipun kini sudah banyak puast kecantikan yang menawarkan rawatan penjagaan kulit, namun dia tetapi tidak mengamalkan apa-apa rawatan khas untuk kulitnya.

“Saya tidak membuat rawatan muka seperti facial di mana-mana puast kecantikan kerana bagi saya cukup ia dilakukannya sendiri di rumah.

“Selain itu untuk penjagaan kulit, saya juga hanya memakai solekan bila hanya perlu saya menjalani penggambaran sahaja dan jika di luar saya akan pastikan wajah saya bebas tanpa solekan.

SUMBER : http://www.gempak.com/artikel/5464/kongsi-tips-kecantikan-nina-juren-akui-cuci-muka-guna-sabun-tawas

Loading...