Awal Ashaari Tidak Mampu Menahan Gelak Bila Menemuramah Khairy Jamaluddin Ketika Memandang Kaki KJ…Memang Tak Sangka

Loading...

Diberi gelaran ‘Tall, Dark, Handsome’, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin sentiasa menjadi perhatian dan idola anak muda.

Populariti KJ memang tidak boleh dipertikaikan lagi. Baru-baru ini, dalam satu rancangan temubual penampilan KJ menarik perhatian ramai.

Awal Ashaari selaku pengacara rancangan tersebut, memuat naik fotonya bersama KJ. Apa yang menjadi bualan ramai ialah tali kasut berwarna pink dan stoking warna merah yang digayakan oleh KJ memang stail habis.

 

Awal turut sertakan kepsyen, “Apabila saya fikir saya boleh tampil lebih menarik duduk di sebelahnya, tapi beliau lebih menarik dengan tali kasut pink dan stoking merah.”

Rata-rata netizen yang melihat gambar tersebut terhibur dengan kepsyen Awal dan menyatakan gaya KJ bakal jadi tren anak muda.

 

sumber: rotikaya

KJ pakai stoking merah dan tali kasut pink, minta izin Scha nak tubuh Bandboy dengan Awal

KJ pakai stoking merah dan tali kasut pink, minta izin Scha nak tubuh Bandboy dengan Awal

MENTERI Belia Dan Sukan Khairy Jamaluddin (KJ), menjadi perhatian netizen pada Isnin apabila muncul memakai stoking berwarna merah dengan tali kasut merah jambu terang dalam sebuah temubual bersama Awal Ashaari.

Penampilan tersebut menjadi tular di laman sosial selepas ia dikongsi oleh pelakon dan pengacara popular tersebut di laman sosial Instagram (IG), petang tadi (Isnin).

Awal telah berkongsi aksinya sedang menemuramah KJ yang disertakan dengan beberapa siri foto stoking dan tali kasut Menteri popular itu dari jarak dekat.

Awal juga telah menulis di ruangan kapsyen, stoking bunga-bunganya hari ini tewas kepada tali kasut merah jambu terang KJ.

Sementara itu KJ, turut memuat naik fotonya bersama Awal.

Namun, kapsyen yang ditulis telah menarik perhatian netizen yang menganggap KJ seorang yang lucu.

Menerusi entri tersebut, KJ telah meminta kebenaran isteri Awal iaitu Scha Al-Yahya untuk menubuhkan sebuah ‘band boy’ yang dinamakan #khawal.
Foto yang dimuat naik KJ itu telah mendapat lebih 40 ribu ‘likes’ dan ratusan komen daripada pengikut yang memuji sikap peramah beliau.

Ada juga pengikut IG beliau yang berseloroh mahu mendengar suara KJ menyanyi terlebih dahulu sebelum menubuhkan kumpulan #Khawal bersama bapa kepada Lara Alana itu.

sumber: astroawani

Jom Layan Aksi YB Khairy Jamaluddin Dalam MELETOP !!

 

Loading...