Bekas Guru Dedahkan Perangai Sebenar Vasanthapiriya Sebelum Dituduh Mencuri Buat Ramai Netizen Sebak!! Tak Sangka Mangsa Merupakan….

Loading...

Tanpa usul periksa dan tuduhan melulu, seorang murid tingkatan dua bernama Vasanthapiriya telah mengambil keputusan untuk gantung diri dan setelah berada dalam keadaan koma selama seminggu di Hospital Seberang Jaya, akhirnya dia menghembuskan nafas terakhir semalam.

Menurut beberapa laporan, telefon yang hilang itu sudahpun ditemui. Berhubung dengan isu itu, seorang bekas guru berkongsi mengenai karakter sebenar Vasantha di sekolah. Harap perkara ini tidak terjadi lagi pada masa akan datang.

Tidak ada masalah disiplin
Menurut seorang bekas guru yang pernah mengajar Vasantha beberapa tahun lalu mengatakan bahawa Vasantha tidak pernah punyai masalah disiplin. Karakternya juga merupakan seorang pendiam dan pemalu.

Murid itu tidak pernah ada masalah disiplin. Dia seorang yang pendiam. Juga seorang pemalu.

Saya masih ingat kelibat ayahnya yang sering menghantar dan mengambil Vasantha selepas selesai pembelajaran di sekolah.

Saya rasa memang tiada isu mengenai disiplin tetapi saya tidak tahu perkara sebenar yang terjadi antara Vasantha dan guru mengenai kehilangan telefon bimbit itu.

Vasantha pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Nibong Tebal dan anak bongsu dari empat beradik telah menghembuskan terakhir pagi semalam di Hospital Seberang Jaya, selepas berada dalam keadaan koma selama seminggu.

Mangsa didakwa telah mengambil telefon bimbit kepunyaan seorang guru. Seterusnya guru terbabit menegur Vasantha di depan murid yang lain dan mengurungnya di dalam satu bilik lebih kurang 5 jam.

Selepas itu, guru itu dan suami menghantarnya pulang ke rumah dengan niat ingin berjumpa ibu bapa Vasantha dan memberitahu mengenai kejadia kehilangan telefon bimbit. Pada Rabu malam selepas dibawa pulang oleh guru, Vasantha dipercayai cuba menggantung diri dengan suatu lilitan.

Menurut bapa Vasantha, Muniandy Ratnam berkata bahawa sesuatu tidak kena apabila anak sulungnya cuba menghubungi Vasantha melalui telefon sebanyak beberapa kali tetapi tidak dijawab.

Kemudian kakaknya temui Vasantha dalam keadaan tergantung dengan suatu lilitan. Vasantha masih bernafas ketika itu, cuma pengsan.
Bawa murid keluar tiada dalam SOP untuk guru
Lagi seorang bekas guru yang mahu namanya dirahsiakan, berkata membawa murid keluar dari perkarangan sekolah bertentangan dengan Standard Operating Procedure (SOP) untuk cikgu-cikgu.

Saya tidak tahu kenapa mereka tidak mengikuti SOP yang telah ditetapkan. Saya dengar bahawa suami guru itu juga seorang cikgu.

Jika ada kes seperti pelajar sakit atau cedera, para cikgu tidak dibenarkan untuk bawa pelajar keluar dari kawasan sekolah. Mereka harus menghubungi ibu bapa untuk hadir ke sekolah.

Melainkan kalau ibu bapa sendiri membenarkan guru untuk bawa anak keluar dari sekolah.

Tambahnya lagi, guru yang kehilangan telefon bimbit itu tidak sepatutnya mengendalikan kes ini sebaliknya menyerahkan kepada guru disiplin. Jika masalah masih tak dapat diselesaikan, pihak sekolah juga mungkin boleh memanggil kedua ibu bapa hadir untuk berbincang.

Pendapat bekas guru ini mengenai Vasantha pula, mungkin murid itu sangat stress mengenai kejadian itu.

Saya rasa dia tidak boleh berdepan dengan situasi ini. Dia hanya seorang remaja. Berita kecurian itu mungkin akan tersebar dengan cepat di sekolah dengan dakwaan dia mencuri telefon bimbit cikgu.

Dan, dia tinggal di kampung. Cikgunya bawa dia pulang ke rumah, dan ia akan menarik perhatian jiran-jiran sekeliling. Orang di sana mungkin tahu sesuatu telah terjadi.

Sumber: The Malaysian Insight

Loading...