Di pantai Siberia, penduduk tempatan dilihat ‘menggali harta karun’ yang tertanam sehingga membolehkan mereka menjadi kaya dalam semalaman!

Loading...

Pernahkah anda mendengar tentang spesies gajah besar bebulu atau lebih dikenali sebagai wooly mammoth? Speseis ini dikatakan mempunyai gading yang lebih panjang daripada gajah biasa iaitu dengan kepanjangan 7-8 kaki.

Namun begitu, mungkin ramai yang masih tidak tahu akan kewujudan spesies ini kerana gajah ini dikatakan telah mengalami kepupusan sejak 10,000 tahun yang lalu.

Namun begitu, apa yang menariknya gading dan tulang spesies ini masih boleh didapati di sesetengah kawasan kerana gading dan tulang spesies ini dikatakan mengambil masa yang lama untuk mereput.

Ada yang mengatakan gading dan tulang wolly mammoth boleh bertahan selama beratus-ratus tahun jika diletakkan di tempat sejuk seperti di Siberia.

Oleh kerana gading dan tulang spesies ini masih bertahan, ramai penduduk yang tinggal di kawasan Siberia  terutama yang tinggal di kawasan pantai telah mengambil kesempatan untuk mencari dan mengumpulkan gading dan tulang wolly mammoth.

Gambaran spesies gajah besar bebulu atau lebih dikenali sebagai wooly mammoth telah mengalami kepupusan sejak 10,000 tahun yang lalu.

Gading besar wolly mammoth dikatakan jauh lebih besar daripada gading gajah Afrika hari ini

Walaupun spesies ini telah pupus ribuan tahun lalu tetapi mereka meninggalkan ‘harta’ yang sangat berharga

Penduduk tempatan bergantung kepada gading dan tulang wolly mammoth untuk memperolehi kekayaan.

Jika zaman dahulu penduduk kawasan ini masih tidak tahu akan nilai gading dan tulang gajah ‘gergasi’ ini.

Keadaan tersebut berubah apabila mereka menerima kehadiran orang asing yang datang untuk mencari dan mengumpulkan barang-barang berharga itu pada sekitar 1980-an adan 1990-an.

Apabila suhu global meningkat, banyak tanah beku di Siberia mengalami kecairan. Perkara ini telah menyebabkan lebih banyak gading yang dapat ditemui. 

Ramai penduduk yang meninggalkan kerja-kerja mereka dan memilih untuk mencari gading wooly mammoth memandangkan kerja-kerja itu lebih mudah dilakukan selepas tanah beku mencair.

Aktiviti gali cari tersebut telah membawa kepada pengurangan kadar kemiskinan dalam kalangan penduduk di sekitar kawasan terlibat.

Gading wolly mammoth yang selama ini terseimpan dalam lapisan tanah beku dikatakan mempunyai manfaat dan kebaikan tersendiri dalam bidang perubatan. 

Tidak hanya itu gading ini juga mempunyai ciri-ciri dan nilai kesenian yang tersendiri memandangkan bentuknya serta saiznya yang lebih besar daripada gading gajah Afrika.

Jadi, tidak hairan lah gading ini dianggap sebagai ‘harta karun’ kerana ianya bukan sahaja mempunyai nilai yang tinggi malah mempunyai sejarah yang tersendiri!

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Sumber : Era Baru

Loading...