[GAMBAR] Wajah Terkini Maya Matahari, Nampak 20 Tahun Lebih Muda!

Loading...

Cepat betul masa berlalu kan, sedar tak sedar lagu Bunga Matahari nyanyian Maya sudah lebih 15 tahun.

Sungguhpun begitu, rentak dan lirik lagu tersebut masih bermain-main difikiran kita. Nampak sangat lagu-lagu lama sangat berkualiti.

Tetapi bukan itu yang MH ingin katakan, tetapi MH sangat terkejut melihat gambar-gambar terkini penyanyi lagu tersebut!

Memang cantik dan langsung tidak menyangka penyanyi ini sudah melangkah masuk ke dunia 40-an.

MH memang puji macam mana Maya menjaga kecantikan dan kesihatan diri! Kalau orang tak kenal siapa Maya, mungkin akan menyangka Maya ini baru sahaja berusia 20-an.

Okay tak nak cakap banyak, korang tengok sendiri gambar-gambar terkini Maya yang memang super lawa!

Akur dengan ketentuan hidup apabila mahligai dibina akhirnya runtuh, penyanyi Maya menjelaskan hubungan dengan bekas suami, Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz, masih baik.

Maya yang popular dengan lagu Matahari memberitahu BH Online, mereka berpisah secara baik. Ikatan suami isteri terlerai apabila Maya diceraikan dengan talak satu di Mahkamah Syariah pada 17 Ogos lalu.

“Perpisahan ini tidaklah membuatkan kami berdendam hingga tak bertegur sapa. Kami masih bertanya khabar kalau ada kesempatan.

“Tempoh mengenalinya, kami banyak berkongsi suka duka. Tipulah kalau saya cakap perpisahan ini tak menyedihkan. Tapi saya harus optimis dan kuat berdepan suratan hidup ini. Saya perlu teruskan hidup,” katanya.

Maya berkata, perpisahannya dengan bekas suami membuatkan dia menjadi lebih dewasa dan mengenali peribadi insan.

“Benar, perpisahan ini mematangkan saya. Kami sekarang membawa haluan masing-masing dan hidup seperti biasa.

“Saya harap, orang di luar tidak cepat menghukum kami. Saya tak minta semua ini kerana jodoh pertemuan serta perpisahan di tangan-Nya,” katanya.

Tambah Maya lagi, selama ikatan perkahwinan masih terjalin, dia dan suami berusaha sebaik mungkin untuk mempertahankan rumah tangga.

“Apa yang saya lalui banyak membuatkan saya jadi lebih sabar. Alhamdulillah, saya tak mahu terus larut dengan perasaan sedih. Saya nak fokus kepada kerjaya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Maya akan mempromosikan lagu duet berjudul Setia bersama kakak Siti Nurhaliza, Saida, tidak lama lagi.

 

Sumber : Media Hiburan

Loading...