“Kalau tak bersedia jangan buat…” – Faizal FBI ‘sound’ sistem tambah nilai Touch N’ Go kerana sering ‘offline’

Loading...

Sejak daripada tahun lepas lagi, semakin banyak plaza-plaza tol di seluruh negara telah digantikan daripada sistem bayaran manual kepada sistem bayaran elektronik. Para pengguna lebuhraya tidak perlu lagi membayar tol menggunakan tunai, sebaliknya menggunakan kad Touch N’ Go yang lebih efisyen bagi memastikan kelancaran lalulintas terutamanya pada waktu puncak.

 

Memandangkan tunai tidak lagi ‘laku’ di plaza tol, kebanyakkan pengguna lebuhraya akan menambah nilai kad Touch N’ Go mereka di lorong Tambah Nilai yang disediakan di plaza-plaza tol. Tetapi apa yang menyakitkan hati apabila lorong Tambah Nilai ini kerap kali offline dan sekaligus menyusahkan para pengguna lebuhraya.

Memandangkan perkara ini boleh mendatangkan kesusahan kepada pengguna-pengguna lebuhraya yang lain, sekiranya nilai dalam kad Touch N’ Go tidak mencukup untuk membayar tambang tol, Faizal FBI telah meluahkan perasaan beliau mengenai perkara iniI menerusi laman page beliau baru-baru ini.

Laksanakan bayaran tol 100% elektronik. Tapi bila nak tambah nilai asyik TUTUP. Buka ikut waktu tertentu. Pengguna pulak perlu pastikan tak masuk hiway masa kaunter tambah nilai tutup. Alasannya kat luar pun ada ejen2 top up. Jadi pengguna juga kena cari stesen minyak, kedai2 24 jam. Yg selalu jugak tiba2 OFFLINE.. haha

Kalau tak bersedia JANGAN buat.

Bila nak buat, kena pastikan 24 jam beroperasi tambah nilai. TIADAalasan. Tenaga kerja dah kurang. Tak pun gantikan dgn kiosk mcm kat Jejantas Sg Buloh. Habis cerita. Ini tak.. dah la bukan 24 jam.. bila bukak lorong.. satu je yg bukak. Nak tambah nilai kena TAMBAH lagi masa. Sekian.

 

Sumber : Faizal Ismail FBI via ohmymedia

Loading...