Lihat cara pekerja lapangan terbang di Jepun mengendalikan bagasi penumpang pesawat.. Beza tak dengan negara lain? Sebab ape ye?

Loading...

Baru-baru ini satu video yang menunjukkan dua orang kakitangan di sebuah lapangan terbang di Jepun yang sedang berhati-hati memunggah bagasi dari pesawat telah menjadi viral di media sosial.

Sumber: Nihongo Wakaranai

Seorang pengguna Facebook, Nihongo Wakaranai telah memuat naik video itu pada 1 Februari yang menunjukkan dua orang pekerja tersebut sedang memunggah bagasi dari sebuah penerbangan di lapangan terbang di Jepun.

Wakaranai menulis di Facebooknya sebuat kenyataan yang berbunyi, “dalam video ini menunjukkan bagaimana orang jepun benar-benar menjaga bagasi anda, kadang-kadang lebih baik daripada Wakaranai anda menjaga bagasi anda sendiri.”

Video itu telah mendapat liputan meluas di media sosial dan telah mencapai sehingga 2.5 juta tontontan dan telah dikongsi lebih daripada 52,000 kali.

Klip berdurasi 3 minit itu menunjukkan kakitangan di situ telah memunggah bagasi dari pesawat dengan begitu teliti dan meletakkannya di belakang trak untuk dibawa balik ke terminal lapangan terbang.

Sumber: Nihongo Wakaranai

Walaupun mereka berhadapan dengan ribuan bagasi dalam satu hari mereka nampaknya masih kekal profesional dan tetap melakukan kerja-kerja mereka dalam keadaan yang baik.

Tiada antara mereka yang memunggah bagasi di situ dengan kasar. Mereka malah turut membantu rakan-rakan lain supaya kerja yang dilakukan selesai mengikut masa yang ditetapkan.

Ramai netizens, termasuk rakyat Malaysia sendiri yang memuji-muji apa yang dilakukan mereka.

Ada antara mereka yang menyarankan supaya syarikat penerbangan Malaysia melatih pekerja mereka dengan mencontohi apa yang dilakukan oleh kakitangan dari Jepun ini.

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Loading...