Pengajaran-Bercinta Dengan Bini Orang, Lelaki Diculik Dan Dibunuh Sebelum Ditanam Di Perkuburan Bukan Islam

Loading...

Hubungan cinta tiga segi dapat dihidu menjadi punca seorang lelaki diculik dan dibunuh sebelum mayatnya ditanam di sebuah tanah perkuburan bukan Islam di Ladang Sega Siliau, semalam.

Mangsa berusia 29 tahun dikatakan bermain cinta secara senyap- senyap dengan seorang wanita yang bergelar isteri.

Berdasarkan sumber, perhubungan mereka dapat dihidu oleh suspek sebelum dia bertindak luar kawalan dengan menculik dan bunuh mangsa sebelum ditanam.…..Like/follow page Informasi Dan Tauladan di Facebook Kami..

Mangsa didapati hilang sejak dua bulan lepas. Isteri suspek dipercayai telah menjalinkan hubungan cinta dengan mangsa.

“Bagaimanapun, hubungan mereka dapat dihidu suami wanita itu sebelum bertindak menculik mangsa,” katanya.

Untuk membantu siasatan, suspek dan isterinya ditahan reman.

“Kira-kira jam 5 petang semalam (kelmarin) suspek telah dibawa ke tempat mayatnya ditanam dan kerja-kerja penggalian telah dilakukan untuk melengkapkan siasatan,” tambahnya.…..Like/follow page Informasi Dan Tauladan di Facebook Kami..

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner, Thiew Hock Poh berkata, siasatan masih dijalankan.

Apa kah hukum menyimpan perasaan menyintai isteri orang?

JAWAPAN :
Al-hamdulillah ,Al-Jawab :

Jawapan terbaik kepada persoalan saudara ialah : CINTA KEPADA YANG HALAL , ADALAH HALAL , DAN CINTA KEPADA YANG HARAM , ADALAH HARAM .…..Like/follow page Informasi Dan Tauladan di Facebook Kami..

 

Cinta yang halal ialah cinta kepada isteri atau suami sendiri.Manakala yang haram ialah mencintai yang bukan hak dan kepunyaan kita iaitu isteri atau suami orang lain.Sesungguhnya perbuatan mencintai isteri atau suami orang lain adalah punca kepada keruntuhan dan kehancuran rumah tangga sesebuah keluarga , dan perbuatan tersebut amat dimurkai oleh Rasulullah saw sebagaimana dalam sebuah hadis :

ليس منا من خبب ( اي فسد ) إمـــرأة على زوجها

“Bukan dikalangan kami (umat nabi Muhammad) orang yang merosakkan hubungan seorang isteri dengan suaminya”

(HR Abu Daud : 2175 dan dinilai SAHIH oleh As-Syaikh Al-Albani dalam “Sahih wa dho’if Sunan Abi Daud”)

 

…..Like/follow page Informasi Dan Tauladan di Facebook Kami..

Perlakuan suami mencintai isteri orang lain dan isteri mencintai suami orang lain adalah perbuatan yang telah lama berlaku , malah dirakamkan oleh Allah swt dalam al-Quran al-Karim.Kisahnya ialah bagaimana isteri seorang pembesar yang menyimpan perasaan cinta kepada orang lain yang bukan suaminya sehingga sanggup melakukan perbuatan yang diluar kewarasan akal fikiran.Wanita tersebut ialah isteri kepada Al-Aziz ( Gelaran bagi seorang Raja di Mesir ) yang mencintai Nabi Allah Yusof alaihissalam.( Surah Yusof ayat 23 – 35 )

Ketahuilah , sesungguhnya perbuatan mencintai isteri / suami orang lain adalah perbuatan keji yang datangnya dari godaan syaitan lantaran menuruti kehendak dan tuntutan nafsu syahwat yang tidak dibendung dengan iman dan taqwa kepada Allah swt.Rasulullah saw berpesan kepada umatnya agar sentiasa melawan hawa nafsu yang boleh menjerumuskan manusia kelembah dosa dan kehinaan sebagaimana sabdanya :

المهاجر من هجر ما نهى الله عنه والمجاهد من جاهد هـــواه

“Orang yang berhijrah ialah hijrah dari hal-hal yang dilarang oleh Allah swt dan orang yang berjuang itu ialah yang berjuang melawan hawa nafsunya.”

Sharing is caring!

Loading...