“Setiap kali menjalani latihan, saya hanya membawa kereta itu”- Kereta Thanabalan kena curi. Siapa Sangka Thanabalan Pakai Kereta Itu Patut Kena Curi!!

Loading...

PROTON Iswara milik pemain bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan, N Thanabalan hilang ketika menghadiri sambutan Thaipusam di Batu Caves Selangor, pagi ini.

Kejadian hanya disedari pada 5 pagi ketika Thanabalan mahu pulang ke rumah sebaik selesai meraikan perayaan terbabit.

“Pada mulanya saya dan keluarga bertolak dari rumah di Taman Seremban Jaya, Senawang, awal pagi sebelum tiba beberapa jam kemudian.

“Saya berada di sana (Batu Caves) kira-kira dua jam sebelum bergerak pulang ke rumah. Saya berjalan ke kereta namun terkejut apabila mendapati kenderaan itu sudah tiada.

“Puas saya bertanya orang di sana namun mereka tidak tahu, Saya terpaksa menelefon rakan untuk mengambil saya dan keluarga.

“Selepas rakan tiba, saya terus ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, Selangor untuk membuat laporan berhubung kejadian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, kereta itu adalah yang keduanya dibeli dua tahun lalu.

“Kereta itu banyak memberi tuah kepada saya. Pelbagai kejayaan peroleh sejak memakai kereta itu.

“Setiap kali menjalani latihan, saya hanya membawa kereta itu dan harap orang ramai melihatnya segera menghubungi polis,” katanya.

Sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/02/309108/iswara-thanabalan-kena-curi

‘Setiap Hari Saya Pergi Balik KL Untuk Training’- Pengorbanan Thanabalan Yang Ramai Tak Tahu

Nama Thanabalan menjadi sebutan orang ramai kerana persembahan mantap, gerakan licik serta penyudahnya membawa pasukan bola sepak Malaysia ke peringkat akhir semalam. Tapi malangnya nasib tak menyebelahi kita apabila tewas pada Thailand.

Tidak mengapa, adat pertandingan ada kalah dan menang. Kami pasti kekalahan itu akan membuatkan pasukan negara akan lebih matang. Berbalik kepada Thanabalan, tahukah anda bahawa dia terpaksa melakukan beberapa pengorbanan demi karier bola sepak? Ini kisahnya.

Tak teringin ke untuk masuk ke kelab lain?


Ayah tak sihat, ingin sentiasa dekat dengan keluarga

‘Setiap hari saya pergi balik KL untuk training..’

Sumber: Twitter

 

PEMAIN Bola Sepak Negara, N. Thanabalan ketika sesi bertemu peminat pada Program Meet and Greet bersama Atlet Sukan Sea 2017 di Muzium Negara hari ini. – Foto BERNAMA

Thanabalan janji bantu NS ke Liga Super

 

 

KUALA LUMPUR: Penyerang skuad bawah 22 tahun (B-22) kebangsaan, N Thanabalan berazam untuk membawa pasukan kelahirannya, Negeri Sembilan kembali ke saingan Liga Super pada musim depan.

Thanabalan sudah hampir pasti akan beraksi buat skuad Hobin Jang Hobin selepas Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan menyatakan secara terbuka sebelum ini bahawa pemain itu akan kekal bersama Negeri Sembilan.

Menurut ayam tambatan Felcra FC itu, kontrak pinjamannya bersama Felcra FC akan berakhir hujung bulan ini dan dia akan kembali ke Seremban kerana mempunyai baki setahun lagi kontrak bersama Negeri Sembilan.

“Satu impian saya apabila beraksi untuk Negeri Sembilan musim depan adalah untuk berjuang sehingga berjaya membawa pasukan itu naik ke Liga Super pada musim berikutnya,” katanya selepas menghadiri program ramah mesra bersama atlet Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Muzium Negara, hari ini.

Untuk rekod, Negeri Sembilan menamatkan kempen Liga Perdana musim ini di tangga kelima dan keputusan itu menyaksikan pasukan berkenaan kekal beraksi di liga sama pada musim depan.

Dalam perkembangan lain, Thanabalan berpendapat peraturan kuota lima pemain import pada musim depan akan memberi cabaran getir buat semua pemain tempatan untuk merebut tempat dalam pasukan masing-masing.

“Memang susah nak rebut tempat terutama di bahagian serangan kerana kita tahu banyak pasukan akan mengambil pemain import di bahagian berkenaan.

“Namun dari sudut positifnya, inilah masa buat semua pemain tempatan mengutip seberapa banyak pengalaman daripada pemain import untuk memperbaiki kemahiran dan cara permainan,” katanya.

Lembaga Pengarah Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) sebelum ini meluluskan kuota lima pemain asing dalam saingan Liga Super 2018 iaitu tiga daripadanya dari seluruh dunia, seorang dari Asia dan seorang lagi pemain negara ASEAN.

Untuk saingan Liga Perdana pula, kuota pemain asing kekal tiga pemain dari seluruh dunia dan seorang pemain Asia, menjadikan keseluruhan empat pemain asing sahaja setiap pasukan. – BERNAMA

Loading...