Terkini! Pelakon Sofi Jikan Pula Ditahan Positif Dadah

Loading...

Bulan lalu, peminat industri hiburan tempatan dikejutkan dengan berita pengarah dan pelakon, Datuk Farid Kamil yang mengamuk dan berkelakuan ganas menampar anggota polis dan orang awam serta sah positif dadah jenis ganja.

Pelbagai spekulasi dan persoalan timbul mengapa Farid bertindak sebegitu sedangkan beliau  seorang pelakon yang jarang terlibat dengan mana-mana kontroversi.

Namun, segalanya bakal terjawab tidak lama lagi apabila Farid menerusi laporan polis yang dibuat baru-baru ini mendakwa apa yang berlaku adalah angkara perbuatan khianat 3 orang rakan artis yang sengaja memasukkan dadah dalam minumannya.

Farid akui beliau tidak mampu berfikir ataupun tidak begitu waras kerana telah meminum air yang mengandungi bahan  terlarang tersebut sehari sebelum insiden di balai polis itu berlaku.  Bukan itu sahaja, rakan artis berkenaan turut memberikan Farid rokok yang bersalut dengan sejenis  cecair yang tidak diketahui sehingga membuatkan dirinya berasa khayal.

Ketiga-tiga rakan artis termasuk seorang pelakon dan pengarah, seorang penyanyi yang pernah terkenal dengan genre R&B semasa 1990an serta seorang lagi pelakon.

Ketua Pegawai Penyiasat, SAC Fadzil Ahmat mengesahkan yang Farid telah membuat laporan rasmi berkenaan keadaannya sehingga menyebabkan perlakuannya bertukar ganas.

Farid membuat laporan tentang banyak perkara dan pihak kami akan memastikan siasatan penuh akan dilakukan.

Pada masa yang sama, Farid juga ada menyatakan rasa tidak puas hati terhadap layanan yang diberikan oleh pihak polis dan turut menamakan pegawai polis yang terlibat sehingga menyebabkan dirinya mengalami kecederaan dan mempersoalkan bagaimana foto beliau ditahan boleh viral di media sosial serta kepada pihak media.

Terpalit dengan isu pendedahan Datuk Farid Kamil yang mendakwa 3 rakan selebriti menganiaya dirinya dengan sengaja  memasukkan dadah dalam minumannya, pelakon Sofi Jikan semalam hadir ke  Balai Polis Mutiara Damansara untuk memberikan keterangan lanjut berhubung perkara berkenaan.

Walaubagaimanapun, Sofi ditahan pihak polis apabila didapati positif dadah jenis ganja. Difahamkan, dia  akan dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya hari ini bagi mendapatkan perintah tahanan reman untuk siasatan lanjut.

Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut berita ini. Adakah ia berkaitan dengan kes Farid ataupun tidak?

 

Loading...